Showing posts with label sekolah n pelajar. Show all posts
Showing posts with label sekolah n pelajar. Show all posts
Friday, June 4, 2010 by CAHAYA Man JR




K . P . I . J

Kesatuan Pelajar Islam Johor atau lebih dikenali sebagai KPIJ telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Allahyarham Ustaz Abdul Manan dan sahabat-sahabatnya di Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Ia kemudian telah didaftarkan secara sah pada 28 Julai 1958 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka dengan No. Pendaftaran di Pejabat Pendaftar Penubuhan ialah 867 Melaka. KPIJ atau nama asalnya (ketika didaftarkan) Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor telah mencatit sejarahnya tersendiri sebagai sebuah pertubuhan Islam rasmi pertama di Malaysia yang menghimpunkan kekuatan pelajar Islam. KPIJ diasaskan oleh kumpulan pengajar dan pelajar Melayu/Islam dari sekolah-sekolah agama di daerah Muar. Usaha ini diketuai oleh Ayahanda Allahyarham Ustaz Abd. Manan.
Thursday, June 3, 2010 by CAHAYA Man JR
assalamualaikum..
alhamdulillah..saya sekarang berada d cfs iium utk menyambung pelajaran..maaf semua..lame tak update blog ni..sekarang ni agak sibuk sedikit..hari isnin (7-6-2010) saya akan start kuliyah..jadi masa utk update terpakse d kurangkan..huhu..sedih nyer..

last week saya join group KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)..baru first gathering..best gak r..anak2 johor ramai gak yg mai join..lepas ni nak masuk aktiviti yg d anjurkan pula..tgk mcm best jerr aktiviti yg dirancangkan utk tahun ni..

budak bilik pown gerek2..sebilik 4 org..siap ade bg compartment lg..so best r..3 bijik bdk johor n lg sekeping bdk pahang..so..agak best r..siap jmpe sahabat dr smka bandar penawar lg..

nk cerita pnjg sgt lerr..so kalo nak taw lebih lagi..usha2 la saya kat cfs iium pj 2..lg specifik..kat mahallah umar al khatab 1..bilik 2**..haha..

nah..korg enjoy r lagu cfs nie..best r..nak2 bahagian chorus..


WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH..

GUIDED BY QURAN AND SUNNAH..

FOUNDATION CENTRE OF IIUM..

THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE..


korg layan sendiri lah yer keseluruhan lagu nie..




*p/s-kpd sesape nak join iium..yok r..best kat c nie..mai3!!
Thursday, April 15, 2010 by CAHAYA Man JR


sy dpt KMJ..
KMJ mari!!!

:Kementerian Pelajaran Malaysia
84900 Tangkak
Johor
No. Telefon : 06 - 9781613
No Faks : 06 - 9781672
Laman Web: www.kmj.matrik.edu.my

kawan2..mai rmai2 cek keputusan matrik..
nah klik sini..
http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/
nk pkai msj nie tutorial..

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Satu Tahun:
  • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAT 760704085973

cek btol2..
KMJ mari!!!!

bkn kembara mahkota johor tp KOLEJ MATRIKULASI JOHOR..
Saturday, August 8, 2009 by CAHAYA Man JR

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad, terdapat beberapa simbolik yang telah ditunjukkan oleh pengarang.

Antaranya ialah puncak Gunung Tahan. Puncak Gunung Tahan merupakan simbolik kepada keseluruhan Tanah Melayu. Tuan Robert dan Tuan William bermati-matian ingin mendapatkan puncak Gunung Tahan untuk dijadikan pusat peranginan.

Belulang harimau putih menjadi simbolik kepada maruah Tanah Melayu. Hal ini ditunjukkan apabila Tuan Robert tertarik kepada belulang harimau putih tetapi perempuan tua bertegas tidak mahu menyerahkannya kerana belulang itu merupakan sesuatu yang berharga dan maruah Tanah Melayu.

Watak Ali dan Awang menjadi simbolik kepada pembelot Tanah Melayu. Mereka menjadi penunujuk jalan kepada Tuan Robert dan Tuan William ke puncak Gunung Tahan.

Watak Tuan William dan Tuan Robert menjadi simbolik kepada penjajah Tanah Melayu. Hal ini dibuktikan apabila mereka berniat datang ke Tamah Melayu untuk menakluk puncak Gunung Tahan dan menawarkan 5000 pound sebulan dan sebuah istana kepada Ratu Bongsu sebagai pertukaran.

by CAHAYA Man JR

Novel yang saya kaji di Timgkatan Lima ialah novel Putera Gunung Tahan. Terdapat tiga latar tempat utama dalam novel ini iaitu Negeri Pahang, perkampungan orang sakai dan Puncak Gunung Tahan.

Latar tempat yang pertama ialah negeri Pahang. Pada permulaan novel ini, pengarang telah menceritakan beberapa siri peperangan menentang penjajahan Inggeris yang telah berlaku di negeri Pahang. Pengarang juga menceritakan beberapa orang tokoh perwira negeri tersebut seperti Tok Gajah dan Mat Kilau.

Latar tempat yang kedua ialah perkampungan sakai. Perkampungan ini merupakan tempat Tuan Robert dibawa setelah ditangkap oleh orang-orang sakai. Di sana, beliau telah dilantik sebagai Datuk Batin Putih. Beliau juga telah berjumpa dengan perempuan tua berketurunan Raja Melayu dan jatuh asyik kepada perempuan sakai setelah diberi cenuai dalam makanan beliau oleh perempuan tua tersebut.

Latar tempat yang ketiga ialah puncak Gunung Tahan. Puncak ini menjadi tempat kediaman orang bunyian dan Ratu Bongsu. Tuan William telah dibawa oleh Kusina ke puncak Gunung Tahan. Di puncak tersebut beliau telah menghadap Ratu Bongsu. Di sana, dia telah diperlihatkan oleh Ratu Bongsu pohon beringin dan teropong terus. Di puncak ini juga, Ratu Bongsu telah berjumpa dengan Mem William yang terselamat daripada nahas kapal terbang dan akhirnya menetap di sana.

by CAHAYA Man JR

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad. Watak sampingan adalah watak yang membantu watak utama dan boleh dibahagikan kepada protagonis dan antagonis.

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah watak Perempuan Tua. Perempuan Tua merupakan seorang keturunan raja tetapi terpaksa berlari jauh ke dalam hutan kerana diburu pihak Inggeris. Beliau pernah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau tinggal di dalam hutan bersama-sama masyarakat Sakai selama berpuluh-puluh tahun. Beliau juga merupakan seorang yang tegas. Buktinya, beliau tidak terpengaruh dengan kata-kata Tuan Robert yang memintanya untuk menjual tulang harimau putih.

Selain itu, beliau juga seorang yang taat kepada perintah agama. Beliau beragama Islam dan mengajar ilmu-ilmu berkaitan agama Islam kepada perempuan-perempuan Sakai di hutan. Beliau juga tidak makan daging babi, berpakaian menutup aurat, bersembahyang dan masih menganut agama Islam walaupun setelah berpuluh-puluh tahun hidup bersama masyarakat Sakai.

Di samping itu, watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Kusina. Kusina ialah orang Bunyian yang menjadi pengiring setia Ratu Bongsu. Dia yang bertanggungjawab membawa Tuan William ke puncak Gunung Tahan. Dia juga seorang yang baik hati. Dia menasihati Tuan William tentang pelbagai perkara berkaitan adab-adab semasa menghadap Ratu Bongsu dan pantang-larang semasa mendaki Gunung Tahan. Malah, Kusina turut membawakan Tuan William makanan.

Kusina juga seorang yang bijak bertindak. Dalam keadaan genting ekoran serangan udara pihak British di puncak Gunung Tahan, dia yang telah lama menghilangkan diri muncul semula. Beliau telah memerangkap Tuan William dalam bilik khazanah Ratu Bongsu. Dalam serangan tersebut, Tuan William akhirnya terbunuh dalam runtuhan istana Ratu Bongsu.

Kesimpulannya, watak sampingan turut memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan cerita sesebuah novel. Hal ini kerana watak-watak ini mempunyai cirri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri dalam menyerlahkan watak utama.

by CAHAYA Man JR

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad, watak utamanya adalah Ratu Bongsu. Ratu Bongsu memainkan peranan yang penting dalam jalan cerita novel ini.

Antara perwatakan Ratu Bongsu yang terdapat dalam novel ini ialah beliau merupakan seorang yang bijaksana. Beliau bijak berhujah dan menangkis segala sindiran Tuan William terhadap bangsa Melayu. Kebijaksanaannya jelas terpancar sehingga beliau berjaya memerangkap Tuan William yang belot dalam istananya yang diserang oleh Inggeris walaupun Tuan William mengatakan bahawa kapal terbang yang datang itu hanyalah seekor anak burung.

Selain itu, Ratu Bongsu juga merupakan seorang yang sangat cinta akan tanah airnya. Beliau sentiasa berusaha mempertahankan negerinya daripada ditakluk oleh bangsa asing. Demi cintanya terhadap tanah air, beliau telah menolak sogokan Tuan William supaya menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada Inggeris. Beliau turut menolak segala hadiah lumayan dan kemewahan sepanjang hayat yang ditawarkan pihak Inggeris semata-mata demi kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ratu Bongsu juga merupakan seorang baik hati. Beliau memberikan layanan yang baik kepada tetamunya iaitu Tuan William dan beliau menganggap Tuan William sebagai sahabat walaupun baru bertemu. Beliau juga sedia meminjamkan teropong terus, beringin bercakap dan burung pesuruhjaya kepada Tuan William. Tambahan pula, beliau turut merawat dan memberikan perlindungan kepada Mem William walaupun Mem William berada di pihak Inggeris yang menyerang Gunung Tahan.

Di samping itu, Ratu Bongsu juga merupakan seorang yang berwaspada. Beliau sentiasa berwaspada terhadap kehadiran dua orang Inggeris iaitu Tuan Robert dan Tuan William yang berpura-pura baik sedangkan mereka cuba memiliki puncak Gunung Tahan. Sikap berwaspada beliau telah berjaya mematahkan percubaan mereka untuk memiliki Gunung Tahan.

by CAHAYA Man JR

Pengarang novel Putera Gunung Tahan memaparkan berbagai-bagai teknik plot dalam penceritaannya untuk menarik minat pembaca.

Antara teknik yang digunakan termasuk teknik imbas kembali. Contoh penggunaan teknik ini ialah penceritaan perempuan tua kepada Tuan Robert tentang sebab dan asalnya dia tinggal bersama orang sakai. Tiga puluh tahun dahulu, perempuan tua yang sarat mengandung telah ditinggalkan seorang diri di dalam hutan. Setelah bersalin, orang sakai datang membantunya. Sejak itu perempuan tua terus tinggal bersama-sama dengan orang sakai.

Selain itu, teknik dialog juga terdapat dalam novel ini. Contoh dialog dalam novel ini ialah dialog antara perempuan tua dengan Tuan Robert, Tuan William dengan Ratu Bongsu dan Ratu Bongsu dengan Mem William.

Pengarang juga mengemukakan teknik monolog dalaman dalam penceritaannya. Contoh monolog dalaman adalah seperti “Aku telah pernah melihat perempuan-perempuan yang berpuluh-puluh kali terlebih cantik daripada ini di kota London, Paris, dan lain-lain tempat, tetapi belum pernah aku asyik sekali seperti ini. Apakah kelebihan perempuan Sakai ini? Badannya kotor, baunya busuk…… “. Dialog ini dicakapkan oleh Tuan Robert dalam dirinya sendiri.

Teknik saspens juga banyak digunakan dalam penceritaan novel ini. Antara peristiwa yang berunsur saspens termasuklah kemunculan dua buah kapal terbang di ruang udara puncak Gunung Tahan. Kapal terbang itu membawa dan menggugurkan satu tan gas beracun, bahan letupan dan bom. Walau bagaimanapun, kedua-dua buah kapal terbang itu terhempas dan semua anak kapalnya terkorban kecuali Mem William.

by CAHAYA Man JR

Pengenalan mengenai kisah-kisah kepahlawanan pahlawan-pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menjadi lambang kemasyhuran Pahang. Terdapat juga asal-usul Putera Gunung Tahan diceritakan serba ringkas, tetapi mempunyai perkaitan rapat dengan isi keseluruhan novel.

Perkembangan novel ini ialah kedatangan Tuan Robert dan Tuan William ke Tanah Melayu untuk mencari kawasan peranginan untuk pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu. Tuan Robert dan Tuan William mendaki Gunung Tahan dan kemudiannya mereka terpisah.

Tuan Robert ditangkap oleh orang Sakai. Banyak konflik wujud antara Tuan Robert dengan perempuan tua dan akhirnya mati apabila terjatuh pokok ketika mengejar gadis Sakai yang digilainya setelah dicenuai. Tuan William meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan setelah berjumpa dengan Ratu Bongsu. Tuan William menipu Ratu Bongsu yang banyak membantunya dengan cara mengutus surat untuk meminta bantuan tentera Inggeris menyerang istana Ratu Bongsu.

Klimaks novel ini mengenai kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris di puncak Gunung Tahan dan mengebom istana Ratu Bongsu. Istana Ratu Bongsu musnah teruk namun baginda dan rakyatnya sempat menyelamatkan diri. Tuan William diperangkap dan terkorban dalam istana Ratu Bongsu.

Peleraian novel Putera Gunung Tahan ialah Mem William, isteri Tuan William sahaja yang terselamat setelah kapal terbang mereka terhempas. Akhirnya, Mem William bersetuju menerima lamaran Ratu Bongsu dan tinggal di Gunung Tahan untuk selamanya.

by CAHAYA Man JR

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang saya kaji, terdapat beberapa persoalan yang saya peroleh.

Persoalan pertama adalah persoalan sikap penjajah yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan daripada kekayaan dan keuntungan sesebuah negara lain. Hal ini dapat dilihat menerusi sikap Tuan Robert dan Tuan William. Mereka meninjau kawasan puncak Gunung Tahan untuk dijadikan kawasan peranginan.

Persoalan kedua ialah persoalan sikap orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan cara hidup Barat. Terdapat segelintir orang Melayu yang terpengaruh dengan cara hidup orang Barat seperti minum arak, mencuri dan pergaulan bebas. Sebagai contoh, Tengku Aishah yang dikatakan daripada keturunan yang baik-baik, telah mengandung tiga bulan tanpa suami.

Selain itu, terdapat persoalan kasih sayang sesama manusia. Tuan William sangat sayang akan rakannya, Tuan Robert. Apabila Tuan Robert hilang, dia berusaha untuk menjejakinya. Ratu Bongsu juga menyayangi Tuan William dengan cara menunaikan kehendak Tuan William seperti khidmat beringin bercakap, teropong terus dan burung pesuruhjaya.

Persoalan seterusnya ialah tentang persoalan masyarakat yang bermuka-muka dan khianat terhadap tanah air sendiri. Buktinya, Ali dan Awang yang menjadi penunjuk arah kepada Tuan William dan Tuan Robert dalam perjalan mencari kawasan Gunung Tahan yang sesuai untuk dijadikan kawasan peranginan. Namun, mereka berdua mati di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, novel ini berjaya mengetengahkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kehidupan, menarik dan mudah untuk difahami.
by CAHAYA Man JR

Latar masa yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Mohamad ialah pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Contohnya ialah para pejuang melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjuang menentang askar-askar penjajah Inggeris. Mereka diusir dan terpaksa melarikan diri ke kawasan sempadan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, latar masa novel ini ialah pada waktu pagi. Contohnya, pada setiap pagi Mem William akan pergi menziarahi kubur mendiang suaminya, Tuan William. Tuan Robert pula pergi berjumpa dengan perempuan tua yang tinggal dengan orang Sakai untuk meminta kulit harimau putih kepunyaan perempuan tua itu untuk dibeli.

Latar masa seterusnya ialah pada waktu petang. Pada waktu petang, dua buah kapal terbang British berlegar-legar di ruang udara puncak Gunung Tahan. Kapal terbang terus menggugurkan bom dan istana Ratu Bongsu hancur dan Tuan William mati kerana menyedut gas beracun yang dilepaskan dari kapal terbang itu.

Latar terakhir ialah pada waktu malam. Tuan Robert yang ditawan oleh orang Sakai telah diraikan dalam satu majlis jamuan makan malam yang diketuai oleh Tok Batin. Pada malam itu, Tuan Robert telah dilantik oleh masyarakat di situ untuk menjadi penghulu orang Sakai dengan menggunakan gelaran Batin Putih.

by CAHAYA Man JR

Masyarakat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad adalah masyarakat yang tinggal di kawasan hutan dan pergunungan. Mereka adalah masyarakat Melayu, Sakai dan Bunian yang hidup di Gunung Tahan. Mereka mengamalkan semangat tolong-menolong sebagaimana mereka menolong perempuan tua yang baru sahaja melahirkan anak di hutan akibat diburu oleh pihak Inggeris. Mereka juga menghormati tetamu dengan menyambut meriah kedatangan Tuan Robert. Mereka menyalai dua ekor babi untuk jamuan bagi sambutan itu. Di samping itu, mereka juga mengamalkan adat istiadat perkahwinan masing-masing.

Selain itu, novel ini turut menggambarkan masyarakat yang bijaksana dalam sebarang tindakan. Contohnya, Ratu Bongsu melayan Tuan William dengan berhati-hati kerana baginda tahu bahawa Tuan William berniat jahat terhadapnya. Kebijaksanaan Ratu Bongsu ternyata sekali semasa serangan kapal terbang Inggeris. Baginda bukan sahaja telah menyelamatkan kesemua rakyat jelatanya, malah berjaya memerangkap Tuan William sehingga Tuan William terbunuh dalam serangan itu.

Di samping itu juga, latar masyarakat yang ada dalam novel ini adalah masyarakat yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi. Contohnya, perempuan tua yang menentang Inggeris dan tetap curiga terhadap Tuan Robert semasa Tuan Robert ingin membeli tulang harimau putih daripadanya. Ratu Bongsu juga menentang kehendak Tuan William yang ingin menguasai puncak Gunung Tahan.

Masyarakat yang berpendirian tegas turut digambarkan dalam novel ini. Contohnya, Ratu Bongsu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjual puncak Gunung Tahan walaupun Tuan William menawarkan untuk membayar 5000 pound sebulan dan memberikannya sebuah istana. Perempuan tua juga tegas dengan pendiriannya untuk tidak menjualkan tulang harimau putih kepada Tuan Robert walaupun Tuan Robert telah membuat pelbagai tawaran terhadapnya.

by CAHAYA Man JR

Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel Di Hadapan Pulau iaitu dialog, imbas kembali, pemerian dan juga imbas muka.

Terdapat banyak teknik dialog yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya adalah antara Tuk Marzuki dan Afidah mengenai masa depan Aziz. Terdapat juga dialog antara Aziz dan Afidah yang berkisar tentang usaha mereka untuk mencari makanan memandangkan makanan semakin sukar untuk didapati.

Di samping itu, terdapat juga penggunaan teknik imbas kembali di dalam novel ini. Antaranya adalah imbasan Syed Fikri terhadap sepupunya Syed Zuhri. Dalam imbasan atau teknik imbas kembali ini, Syed Fikri menganggap bahawa sepupunya itu telah memalukan keluarganya dan keturunannya sahaja. Syed Zuhri sudah berkahwin tetapi tidak bertanggungjawab. Malah sepupunya itu juga suka menipu orang.

Teknik imbas muka turut diketengahkan dalam novel ini. Antaranya adalah bayangan Aziz terhadap masa depan penduduk di situ jika perang benar-benar berlaku. Bagi Aziz jika perang berlaku makanan sukar diperolehi. Dia juga membayangkan Tuk Marzuki akan pulang dari kampungnya di Merlimau.

Terdapat teknik pemerian dalam novel ini. Salah satunya adalah pengisahan tentang watak Budin. Menerusi teknik ini, pengarang menjelaskan tentang Budin yang tidak bertanggungjawab dan suka minum arak.

Tuesday, August 4, 2009 by CAHAYA Man JR
KEPUTUSAN TRAIL SPM PENTING UNTUK MEMOHON BIASISWA MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA..
INGATLAH WAHAI TEMAN2..
WAKTU INI KITA MENGGUNAKAN SISTEM MERITOKRASI DAN BUKAN KUOTA SEPERTI DULU..
LENYAPLAH 1 KEISTIMEWAAN ORANG BUMIPUTERA MELAYU..
SALAH SIAPA??
TEPUK DADA TANYA PARENTS ANDA YANG MEMANGKAH APE..
Saturday, May 16, 2009 by CAHAYA Man JR
peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 5 bermula dari 11/5/09 sehingga 29/5/09..
'SMKA MAAHAD MUAR GEMILANG 2010'
IMTIHAN-wannajihin-walfaizin
Saturday, April 25, 2009 by CAHAYA Man JR

Zaman sekarang.. budak-budak sekolah lebih gembira menghabiskan masa di pusat-pusat video game atau bermain game komputer di rumah… hasilnya.. jadilah mereka seorang “gamer expert”.. kalau masuk pertandingan main game.. ada harapan lah untuk menang! Mana taknya? kalau dah tiap2 hari asyik main games je.. mestilah boleh jadi terrer kan?

Ada juga budak-budak sekolah sekarang yang suka main skateboard… hari-hari main skateboard… hasilnya.. jadilah mereka seorang skateboarder yang terrer!

Kalau yang main yoyo tiap-tiap hari pula? berkaraoke tiap-tiap hari? berchating tiap-tiap hari? berjoget tiap-tiap hari? berkebun tiap-tiap hari? melompat bangunan setiap hari? Mereka sudah pastinya akan menjadi pakar did alam bidang masing-masing.. practise make perfect beb!

Semua perkara yang kita buat (berlatih) setiap hari biasanya akan menjadikan kita “pakar” di dalam perkara tersebut.. dan dalam hal ini.. budak-budak sekolah adalah golongan yang paling beruntung..mereka mempunyai paling banyak masa terluang jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa yang sudah bekerja.. mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka suka buat itu, setiap hari!. Tak perlu nak risau perkara lain seperti kerja di pejabat? anak? bini? pakaian? makan-minum? hutang? dan sebagainya , semuanya diuruskan oleh ibu-bapa mereka.

Sekrang, bayangkan pula jika budak sekolah tersebut baru habis SPM dan meminati “perniagaan internet”, setiap hari, mereka akan duduk depan komputer dan mempelajari tentang selok belok perniagaan di internet! . Setiap hari, mereka akan meluangkan masa selama 10-12 jam untuk duduk di depan komputer dan membuat perkara-pekra yang berkaitan dengan perniagaan internet. Berbanding anda, seorang ibu atau bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, hanya mampu meluangkan masa antara 1-2 jam sehari di depan komputer untuk belajar mengenai perniagaan internet setiap hari.

Friday, April 24, 2009 by CAHAYA Man JR
Pada 20 april 2009 SMKA Maahad Muar dengan bangganya memperkenalkan satu kaedah baru untuk mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Hal ini disambut baik oleh semua pelajar. SI Saifful Yaser n Wak Leh n Cici berkongsi botol air (1.5 liter). Mansur Musa 1 botol 500 ml + watercooler d sekolah. Semua pelajar bawa air termasuk ke dalam lab. Semoga usaha ini meningkatkan lagi nama SMKA Maahad Muar dengan pencapaian:
SMKA MAAHAD MUAR TERBILANG 2009
SPM 2009-130 calon straight 1A

Insyaallah..
Friday, April 17, 2009 by CAHAYA Man JR

Kerapkali guru memperingatkan murid-murid supaya jangan "bermain-main" ketika belajar. "Bermain-main" ialah perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid yang bertentangan dengan matlamat belajar seperti mengganggu rakan, bergurau-senda atau tidak memberi perhatian dalam kelas. Dengan lain perkataan peringatan ini diberikan kepada murid-murid agar mereka memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran atau belajar dengan jiwa yang telus dan ikhlas.

Ketelusan jiwa ketika belajar amat diperlukan kerana ia ialah satu ibadah yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang sepenuhnya daripada murid-murid. Di antara ciri-ciri ketelusan jiwa ialah seperti berikut:

• Tidak menipu diri sendiri

Ramai murid-murid yang menipu diri sendiri ketika belajar! Sebagai contoh apabila guru bertanya sama ada seseorang murid itu memahami pengajaran guru, ramai yang mengangguk kepala tetapi pada hakikatnya mereka masih tidak memahami atau masih dalam keadaan terkeliru. Inilah yang dikatakan menipu diri sendiri. Dalam hal ini muridlah yang rugi dan akhirnya mereka akan ketinggalan disebabkan suka menipu diri sendiri. Oleh itu murid-murid harus telus dan ikhlas ketika belajar. Jika tidak memahami sesuatu topik murid-murid seharusnya bertanya dengan guru untuk mendapat bimbingan tambahan.

• Memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.

Memberi perhatian sepenuhnya dalam kelas amat diperlukan ketika belajar. Ia bukan sahaja melibatkan mata, telinga dan anggota badan sahaja tetapi keseluruhan aspek termasuk minda dan jiwa. Minda seharusnya tertumpu kepada topik yang sedang dipelajari bukannya berada dalam keadaan khayalan. Manakala jiwa pula seharusnya bersemangat, berminat serta melibatkan sepenuhnya dalam sebarang aktiviti yang berlaku dalam proses pembelajaran tersebut.

• Persediaan diri

Untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan licin tanpa gangguan, murid-muris harus membuat persediaan diri terlebih awal. Sebagai contoh murid harus membawa segala peralatan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang tertentu. Manakala buku teks, buku kerja atau buku nota harus dibawa bersama untuk gerakkerja aktiviti. Gagal untuk melakukannya bermakna murid-murid tidak membuat pesiapan diri dan ini akan menjejas proses pembelajaran.

Jika tiga perkara yang disebut di atas dapat dilakukan dengan sempurna, syabas! murid-murid sudah mempunyai ciri-ciri awal ketelusan jiwa dalam proses pembelajaran yang akan membawa kejayaan diri.

by CAHAYA Man JR
Thursday, April 9, 2009 by CAHAYA Man JR
 1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang  lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).
 
2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran  tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya  lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta  mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu.  Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
 
3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera.  Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
 
4. Tujuan  seluruh  usaha ini ialah  untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
 
5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai  dan berkesan.
 
6. Kerajaan  mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
 
7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri.  Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi. 
 
8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi.  Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
 
9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.
 
DENGAN INI KAMI BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN YANG BERIKUT (SEBAHAGIAN BESARNYA MEMANG MEMBANTAH PPSMI SEJAK URA-URA HENDAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN 1996 DAHULU LAGI (LIHAT ASRAF, MANIFESTO BUDAYA PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA, 1996, PLM:KL DAN BUKU MENGAPA KAMI BANTAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, ABDULLAH HASSAN, PTM:KL) MENDESAK LAGI SEKALI SUPAYA PPSMI YANG DILAKSANAKAN SEKARANG INI DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA DAN KEMBALI KEPADA DASAR SEBELUM 2003.