Thursday, April 30, 2009 by CAHAYA Man JR
Guy facts:
When a guy calls u
he wants to be with you
When a guy is quiet,
He's listening to you...
When a guy is not arguing,
He realizes he's wrong
When a guy says, "I'm fine," after a few minutes,
he means it
When a guy stares at you,
he thinks you're the most beautiful thing in the world
When you're laying your head on a guy's chest
he has the world
When a guy calls you everyday
he is in love
When a (good) guy say he loves you
he means it
When a guy says he can't live without you
he's with you till your done
When a guy says, "I miss you,"
he misses you more than you could have ever missed him or anything else
Girl facts:
When a girl is quiet,
millions of things are running through her mind.
When a girl is not arguing,
she is thinking deeply.
When a girl looks at you with eyes full of questions,
she is wondering how long you will be around.
When a girl answers, "I'm fine," after a few seconds,
she is not at all fine.
When a girl stares at you,
she is wondering why you are so wonderful.
When a girl lays on your chest,
she is wishing for you to be hers forever.
When a girl calls you everyday,
she is seeking for your attention.
When a girl wants to see you everyday,
she wants to be pampered.
When a girl says, "I'll love you forever,"
she means it.
When a girl says that she can't live without you,
she has made up her mind that you are her future.
When a girl says, "I miss you,"
no one in this world can miss you more than that.
Saturday, April 25, 2009 by CAHAYA Man JR
Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…
by CAHAYA Man JR
"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.

Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat. 

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi: 

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau." 
Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.

Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda. 

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."


Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya. Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda. 

"Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya. 

"Sejak saya masih kecil," jawabnya. 

Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy. "

Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar)." 

Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.

Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.

Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing. 

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka. 

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w. 

by CAHAYA Man JR

Zaman sekarang.. budak-budak sekolah lebih gembira menghabiskan masa di pusat-pusat video game atau bermain game komputer di rumah… hasilnya.. jadilah mereka seorang “gamer expert”.. kalau masuk pertandingan main game.. ada harapan lah untuk menang! Mana taknya? kalau dah tiap2 hari asyik main games je.. mestilah boleh jadi terrer kan?

Ada juga budak-budak sekolah sekarang yang suka main skateboard… hari-hari main skateboard… hasilnya.. jadilah mereka seorang skateboarder yang terrer!

Kalau yang main yoyo tiap-tiap hari pula? berkaraoke tiap-tiap hari? berchating tiap-tiap hari? berjoget tiap-tiap hari? berkebun tiap-tiap hari? melompat bangunan setiap hari? Mereka sudah pastinya akan menjadi pakar did alam bidang masing-masing.. practise make perfect beb!

Semua perkara yang kita buat (berlatih) setiap hari biasanya akan menjadikan kita “pakar” di dalam perkara tersebut.. dan dalam hal ini.. budak-budak sekolah adalah golongan yang paling beruntung..mereka mempunyai paling banyak masa terluang jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa yang sudah bekerja.. mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka suka buat itu, setiap hari!. Tak perlu nak risau perkara lain seperti kerja di pejabat? anak? bini? pakaian? makan-minum? hutang? dan sebagainya , semuanya diuruskan oleh ibu-bapa mereka.

Sekrang, bayangkan pula jika budak sekolah tersebut baru habis SPM dan meminati “perniagaan internet”, setiap hari, mereka akan duduk depan komputer dan mempelajari tentang selok belok perniagaan di internet! . Setiap hari, mereka akan meluangkan masa selama 10-12 jam untuk duduk di depan komputer dan membuat perkara-pekra yang berkaitan dengan perniagaan internet. Berbanding anda, seorang ibu atau bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, hanya mampu meluangkan masa antara 1-2 jam sehari di depan komputer untuk belajar mengenai perniagaan internet setiap hari.

Friday, April 24, 2009 by CAHAYA Man JR
Pada 20 april 2009 SMKA Maahad Muar dengan bangganya memperkenalkan satu kaedah baru untuk mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Hal ini disambut baik oleh semua pelajar. SI Saifful Yaser n Wak Leh n Cici berkongsi botol air (1.5 liter). Mansur Musa 1 botol 500 ml + watercooler d sekolah. Semua pelajar bawa air termasuk ke dalam lab. Semoga usaha ini meningkatkan lagi nama SMKA Maahad Muar dengan pencapaian:
SMKA MAAHAD MUAR TERBILANG 2009
SPM 2009-130 calon straight 1A

Insyaallah..
by CAHAYA Man JR
“Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup”(QS. Al-Anbiya : 30).Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido’akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do’a Islam, kristal bersegi enam dengan limacabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”.Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.Ternyata air boleh”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido’akan boleh menyembuhkan si pesakit.Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.Rasulullah SAW bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu“, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya.” Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.Subhanallah… Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do’a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur’an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran.Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur’an dan hadits.Wallahu a’lam.
Wednesday, April 22, 2009 by CAHAYA Man JR

Hadith :
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”
 
(al-Bukhari dan Muslim) ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23)

 

 
Huraian
Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!
by CAHAYA Man JR
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”
 
(Bukhari)
by CAHAYA Man JR
Seruan Cinta Terzahir Di Mata 

Mata penulis tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca. Boleh dikatakan setiap hari penulis akan mendatangi satu ceruk laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini. Semenjak berpindah ke rumah baru, penulis tidak lagi perlu bersusah -payah memerah keringat menunggu, berhimpit-himpit dan berpanasan di dalam bas kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa 10 minit perjalanan. Kalau hendak diikutkan mungkin ada sahaja mereka yang pantas memberikan alasan;

          “Masih jauh tu.” 

          “Ala, naik bas bukannya mahal sangat pun, dengan mata wang Mesir ni.” 

          “Tidak mengapalah, enta jalanlah dulu ana ikut dari belakang.” 

Namun keindahan setiap jalanan di angkasa lukisan arca bangunannya tidak tumpah seperti sebuah kota lama yang masih segar, kaki memacu gagah melangkah ke hadapan, saban hari setiap waktu dan ketika, laluan ini, bumi kota lama ini tidak pernah sirna dari derapan bunyian ribuan kaki melangkah, berlari-lari anak dan hentakan kuat deruman enjin tua. Suara-suara dari segala sesuatu meruak-ruak dalam gelombang besar dan tersuling ke liang-liang bisikan setiap yang melaluinya. 

Kali ini, penulis merasakan ada sedikit kelainan yang bermain di jiwa, seakan-akan mengajak penulis mengukir bait sebagai pahatan kenangan di setiap dinding bangunan unik itu. Penulis hampir tertewas pada lamunan kecil iblis bermain hebat di pancaindera, seolah-olah berada pada kurun masa sewaktu tapak bangunan ini ditegakkan.

          “Erm, mungkin sudah ratusan tahun.”

Bisik hati penulis sambil cuba mencari kepastian kalau ada catatan usang yang bertarikh pada deretan bangunan ini. 

          “Kenapa kali ini hati aku tertewas pada polimikan seni bina bangunan?” 

          “Apakah sebelum ini aku tidak pernah melalui di celah-celah batu-batu yang berkotak lebih indah dan lebih canggih dari ini?” 

Penulis terkesima hebat sambil mata bagaikan melekat kuat pada batu-batu tersusun rapi itu. Lamunan hati penulis mati seketika dek terdengar dari dekat laungan azan muazin berteriak lantang. Hati penulis tergerak untuk mencari kebenaran di sebalik tilikan tidak bertauliah sebentar tadi, mana tahu mungkin ada siapa-siapa yang lebih tahu tentang sejarah bangunan dan tembok besar yang masih tersisa di luar sana. Kaki penulis bergerak terancang seiring rabaan mata menguyu mencari dari mana arah azan itu berkumandang. Sambil berjalan telinga penulis menangkap kemas suara-suara bel dan paduan nada malakut terkadang-kadang mencair jauh. Penulis menyaksikan pertengkaran di sebelah tempat penulis mengelamun sendu tadi, dua perempuan saling melayan ke arah masing-masing dan seketika mereka ditarik untuk dilepaskan, pakaian rumah mereka berterbangan terlepas ke udara seperti bulu-bulu yang sangat besar.

Penulis terpesona sekejap dengan adegan-adegan yang tidak berbayar itu, boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian orang-orang Arab akan berirama keras sesama mereka hanya kerana masalah kecil. Kaki terus memandu tubuh yang semakin mengurus, tiba-tiba mendekat suara serak-serak basah yang muncul dari antah berantah, tapi yang pasti suara itu bukan roh yang tersesat; 

          “Anak mahu ke mana?” 

Suara seorang tua Arab bertongkat bergerak laju sedikit daripada penulis. 

          “Pakcik apa khabar?” 

Wajah penulis menjadi rembulan menatap kasih padanya. 

          “Saya mahu mencari arah suara azan tadi berkumandang.”

Jawab penulis tersimpul manis di bibir. 

          “Pakcik tahu, di mana masjid tu?”

Penulis terasa agak malu sedikit, masakan hal sekecil itu tidak boleh diselesaikan sendiri.

          “Mari nak, pakcik tunjukkan. Pakcik pun mahu ke sana juga.”

Sambil memegang lembut tangan penulis memimpin ke arah suatu bangunan tersorok kecil dari pandangan. 

          “Patutlah tak jumpa,di sebalik bangunan rupanya.”

Penulis membiarkan tangan terus disuluh oleh orang tua Arab itu, sambil tersenyum malu. Baru penulis mengerti bahawa sebuah cinta suci itu, tidak semestinya perlu disaksikan dengan suara yang keluar semata-mata, cinta yang indah tidak perlu mencari sesat, cinta yang bersulam secangkir iman tidak perlu meminta berharap dan cinta itu tidak perlu dibayar dengan material yang terpancak.

Cinta sebenar hanya perlu sedikit pengorbanan dan pengertian di sebalik tembok kukuh yang pernah dibina oleh Nabi Adam a.s dan Nabi Yusof a.s suatu ketika dahulu bersama pasangan masing-masing. Rasa kagum pada lukisan ukiran bangunan dan keseniannya juga merupakan cabang-cabang cinta yang lahir secara ikhlas sepersis mawar berduri petanda kasih yang masih belum termiliki. Inilah kejujuran yang pasti, tanpa perlu mencari dan meraba-raba senuansa ciptaannya oleh Tuhan yang Maha Mengerti akan keperluan sekalian hamba-Nya. 

Pencarian Sebuah Potrait Cinta 

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang, jatuh bangun sebuah kehidupan berumahtangga demi melihat pemerkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya generasi zuriat sebagai pejuang menggalas kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga tadi sekiranya dibina dengan tapak semaian keimanan, ketakwaan dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah serta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak. 

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup. Nabi pernah bersabda; 

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan agamanya. Oleh itu, utamakan wanita beragama nescaya kamu akan beruntung.” (Hadith riwayat Muslim)


Apa yang dapat kita fahami, dari maksud hadith di atas ialah ciri-ciri yang paling baik dalam memilih calon bakal isteri iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan dan beramal dengan ajaran agama. Mungkin pernah terlintas di benak hati kita untuk memiliki gadis yang memahami perasaan dan bersedia menyelami setiap pahit maung hidup seorang suami yang terpaksa bekerja keras dalam memikul amanah yang cukup banyak. 

Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam amat menekankan isu ini disebabkan kesannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian dalam negara adalah amat besar kerana jika pergaduhan dan penceraian di antara suami dan isteri akan mengakibatkan rumahtangga dan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian, bagaimana generasi pelapis negara dapat dilahirkan? Sudah tentu apa yang diharapkan ibarat “bermimpi disiang hari” semata-mata.

Tanggungjawab membentuk rumahtangga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat. Justeru, keteguhan dalam pegangan agama suami isteriperlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran hidup berumahtangga. Allah Taala berfirman;

“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah Taala jualah pahala yang besar.” al-Anfal (8:28)

Sehubungan dengan itu sebagai bakal ibu dan bapa kepada bakal anak-anak, kita hendaklah menyemai benih yang ditanam dalam hamparan semaian iman sejak kecil lagi agar bila mereka besar kelak akan bercambah biak padanya asas pengetahuan agama sekaligus melebar luas pada saksiah ruhiah dalaman yang mantap. Berikan mereka bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab-adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina. Mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain yang bukan mahramnya serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama. Mana mungkin sebuah kehidupan rumahtangga yang bercampur baur di antara ketaatan dan kemaksiatan dapat melahirkan generasi yang hebat lagi cemerlang sebagai penyambung zuriat keturunan. Nabi pernah bersabda;

“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih, kedua ibu bapalah yang akan mencorak (kehidupan) mereka sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggota). Apakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?”

Padahal cinta yang tulus mulus hendaklah bermula pada Dzat Maha Kuasa yang mencipta perjalanan darah yang unik sehinggakan menghasilkan perasaan cinta dan kasih sayang sebagai salah satu fitrah insani yang perlu dihayati dari hati jatuh ke hati. Dia tidak pernah mencerca hina para hamba-Nya walaupun di sana kemurkaan-Nya sangat jelas dan sensitif pada kemaksiatan yang dilakukan oleh sekalian hamba-Nya. Namun kasih sayang Allah Taala Maha  adalah segala-galanya, mengatasi kemurkaan-Nya tatkala hamba-Nya sudi merafak sujud di keheningan malam syahdu mengharapkan keampunan dengan mengakui kesalahan dan melahirkan rasa penyesalan di atas kelalaian dalam memilih sebuah perjalanan yang diredhai-Nya. Allah Taala berfirman;

"Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan Kuturunkan kepadamu dan kejahatan-kejahatanmu naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melaporkan tentang kamu setiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya." (Hadith Qudsi)

Mahar Cinta Terhutang 

Penulis merenung sejenak, seusai melaksanakan tuntutan agama di masjid itu, di petang indah sayut menunggu camar berterbangan pulang ke sarang. Jika mengharuskan penulis jatuh cinta kepada seorang perempuan yang halal dikahwini, maka pengalaman jatuh cinta itu boleh penulis gambarkan secara fakta dan boleh pula penulis gambarkan secara fiksi. 

Kalau secara fakta, maka penulis tentu akan melaporkan berapa tekanan darah, berapa denyutan nadi per minit dan bagaimana komposisi hormon serta enzim yang ada di dalam tubuh penulis bergerak sepersis tumbuhnya rasa kasih dan cinta itu, seperti catatan di kaki tempat tidur seorang pesakit di hospital, yang setiap pagi dibaca oleh oleh para doktor dengan raut wajah tanpa emosi. 

Adapun kalau secara fiksi,maka penulis akan menggambarkannya begini; 

          “Terimalah lamaran sang kekasih untuk beradu di kamar hati.” 

          “Jemput abang di Lembah Nil yang setia.”

          Akan aku utuskan dewa-dewa kasih ke sangkar hatimu.” 

Gambaran yang lebih berbentuk suatu ungkapan puitis untuk dihamburkan ke liang telinga terus menerjah ke hati yang dalam untuk menghantar impuls perasaan suci ditafsirkan semulus tindakan yang terzahir di mata. Kalau seseorang ingin mengetahui atau mengalami bagaimana rasanya jatuh cinta, manakah gambaran yang lebih relevan baginya? Penulis merasakan, orang itu tentu akan memilih penggambaran secara fiksi diletakkan di hadapan manakala fakta adalah penguat pada hati untuk terus teguh pada pendirian yang lahir dari fiksi. 

Spiritual atau jatuh cinta kepada Tuhan Maha Agung adalah fakta yang lebih abstrak daripada jatuh cinta kepada seorang perempuan. Oleh itu, menurut hemat penulis, agar orang lain boleh mengetahui dan merasakan pengalaman tersebut, maka perasaan itu akan lebih efektif bila digambarkan secara fiksi. Memang benar, pengalaman itu boleh juga digambarkan secara fakta dalam bentuk teologi atau psikologi. Namun penulis merasakan gambaran seperti itu tidak akan secara normal boleh melahirkan rasa cinta berputik dan menggetarkan hati-hati yang merasainya. Walau bagaimanapun, ianya tidak mustahil kerana sejarah telah membuktikan pada zaman para sahabat, bagaimana mereka merasakan cinta yang tumbuh mekar di hati hanyalah layak untuk Tuhan yang Esa sahaja. Allah Taala berfirman;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan jualah mereka bertawakal.” al-Anfal (8:2)

“Membicarakan tentang CINTA ibarat menguras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Takkan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia. Usia CINTA seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah CINTA. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah CINTA akan hadir.”

Sungguh indah cinta itu, jika ditafsirkan dalam erti maksud yang sebenarnya. 

Jalan Sunnah Hiasi Rumahtangga

Ketahuilah,bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita. Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah obor bagi masyarakat Islam yang cemerlang. Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah, maka ianya juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini daripada dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah. Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi walaupun berbeza kerjaya dan lapangan. 

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini baik diri penulis mahupun bakal pendamping kelak. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendukungnya. Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita terasa terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah swt sahaja kita akan berjaya. Namun, sejauh mana Allah swt akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati segala kehendak-Nya. Justeru itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumahtangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah Taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini. 

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada Yang Satu, cinta kepada Allah  swt. Kalau dia harus mencintai yang lain, maka ia adalah cinta kerana Allah swt. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita, cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah swt. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah Taala di padang Mahsyar kelak, lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah swt semata-mata. 

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita pasti diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan (menegakkan agama Allah Taala) yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Begitu kukuh ikatan antara mereka yang mempunyai fikrah dan perjalanan hidup seumpama ini, dalam dambaan cinta-Nya. 

“Adam as bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Dia yakin ia tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Dia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Dzat Maha Pencipta.” 

CINTA dalam Islam ialah untuk mereka memahami Islam dan tuntutan syariat, serta sentiasa berada dalam tarbiah, di samping tahu akan kehendak tuntutan fitrah suci manusia itu. Bukan sahaja manis dibibir tapi bersedia untuk mengambil si 'dia' sebagai pemaisuri hati untuk sama-sama melihat Islam menjadi kuat dan dihormati kawan mahupun lawan, dengan pelbagai cara terutama dalam meramaikan zuriat yang mampu mendokong perjuangan para syuhada' terdahulu. Kenal dengan cara mendalam (walaupun tidak menyatakan secara terus terang) merupakan kasih sayang yang suci kerana bimbang diri tidak boleh menahan gelojak nafsu yang sentiasa bersedia untuk menyerang. Inilah taaruf atau konsep cinta yang ditaja oleh Islam yang penuh berhati-hati dan menjaga kemaslahatan semasa. Para hukama' pernah bermadah;

Barangsiapa yang bercinta (dengan menjaga batasan dalam Islam dan untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata) dan bilamana mereka mati (semasa cinta masih bertaut) maka matinya itu dikira sebagai mati syahid."

by CAHAYA Man JR

Bukan sekali dua, bahkan telah banyak kali dia memberi saya kad atau surat cintanya. Akan tetapi tidak satu pun yang saya balas. Seingat saya, saya hanya pernah memberi kad ucapan tahniah atas kejayaannya. Itupun, sudah lama dulu. Oh, ya. Juga kad sempena ulangtahun kelahirannya tahun lepas. Sudah lama rupanya saya membiarkan kad dan surat cintanya tanpa balasan.

SEKOLAH YANG MENGGEMBIRAKAN

Wajah mereka nampak ceria sekali. Melihat itu, saya tersenyum lega. Bimbang juga mulanya.

" Bagaimana sekolah Kak Long Kak Ngah tadi, seronok ?" saya memulakan perbualan sambil menemani mereka makan nasi. Kak Long mengangguk. Kak Ngah pula hanya tersenyum sambil mulut terus mengunyah ayam goreng kegemarannya.

" Tentulah seronok Ummi. Cikgu baik, kawan-kawan pun ramai, " Kak Long mula buka bicara.

" Kak Ngah, tak takut bercakap Bahasa Inggeris?"soal saya menduga.

" Taklah. Kak Ngah cakap campur-campur dengan kawan-kawan Melayu. Dengan kawan Mat Saleh, Kak Ngah cakap sikit-sikit je dulu,"balasnya yakin.

Mulut saya melafaz syukur pada Ilahi, Alhamdulillah. Bimbang yang bertamu pagi tadi hilang melihat anak-anak gembira bercerita tentang sekolah baru mereka.

Rupanya benar sebagaimana yang saya dengar dari mulut-mulut saudara mara dan kawan-kawan. Anak-anak Malaysia di UK sangat suka bersekolah, sampaikan ada yang menangis kerana hendak ke sekolah tetapi terhalang oleh sebab-sebab kesihatan seperti demam dan sebagainya.

SERUPA TAPI TAK SAMA

Mengenang kembali persekolahan anak-anak di Malaysia, keadaan yang sebaliknya berlaku. Gembira mereka ialah bila cuti sekolah bermula. Buka semula semester, wajah masam di pagi hari datang kembali. Suasana yang sangat kontra berbanding di UK ini.

Di sini, pada pengamatan saya, ada dua sebab utama anak-anak sukakan sekolah.

Pertama : Guru-guru yang dedikasi dan komited dengan tugas. Mereka tegas dalam kelembutan. Mereka memberi dengan senyuman. Amat jarang, saya mendengar anak-anak bercerita tentang guru-guru yang marah atau menengking pelajar di dalam kelas. Mereka hanya menegur dengan lembut sekiranya ada pelajar yang melakukan kesilapan, hinggakan kesalahan dalam buku latihan juga mereka tidak akan pernah menggunakan pen merah. Mereka hanya menulis dengan pen hitam atau biru. Mungkin ada benarnya, bak kata pantun moden orang Melayu ,

Pen merah pen biru, U marah I love you

Merah lambang marah, sebaliknya biru tanda cinta dan sayang. Ironisnya, di Malaysia. Menanda buku pelajar dengan menggunakan pen selain warna merah adalah salah. Satu tindakan, tapi berbeza pendekatan.

Kedua : Kata-kata peransang dari guru tidak pernah tiada dalam kamus persekolahan sehari-hari mereka. Boleh dikatakan hampir setiap hari anak-anak saya akan membawa pulang pelekat ( sticker ) yang bertulis, Well done !, Keep it up!, You are the best ! dan berbagai lagi kata-kata berbentuk galakan mahu pun pujian. Demikian juga di dalam buku-buku latihan. Setiapnya mesti diakhiri dengan motivasi supaya pelajar memperbaiki tugasan mereka di lain hari. Lebih mengujakan, saban minggu ada sahaja pelajar-pelajar yang dianugerahkan sijil penghargaan ( award ) atas sikap baik yang mereka tonjolkan walaupun hanya dengan duduk diam di dalam perhimpunan sekolah.

Teacher's Special award

Presented to

Husna Zaharuddin ( 4 SC )

For Sitting Perfectly during year 3 and 4 assembly.

Keadaan ini tidak pernah saya jumpa di Malaysia. Lebih mendukacitakan, buku latihan anak-anak hanya banyak bercatat dengan arahan atau tiada lansung pujian yang diberikan. Bagaimana benih yang baik akan tumbuh menghijau jika tidak dibaja dan disiram?

PENDIDIKAN MENYENTUH HATI

" Kenapa Kak Long guna komputer lama sangat. Ummi kata lepas solat, turn Kak Ngah pulak, " suara Kak Ngah kuat jelas kedengaran di telinga saya yang sedang membasuh pinggan di dapur.

" Ala, Kak Long nak betulkan layout blog Kak Long sekejap. Itu pun tak boleh, " jawab Kak Long pula.

Anak lelaki bila bermain dan bergaduh boleh bergoncang seluruh rumah, tapi anak-anak perempuan bila bertengkar boleh menaikkan amarah. Saya cepat-cepat ke depan.

" Kak Long dan Kak Ngah tentu tak solat betul-betul semasa berjemaah tadi," saya mencelah tanpa menyebut punca pergaduhan mereka sebelum ini.

" Kenapa pula Ummi?" Kak Ngah bertanya kehairanan. Bingung barangkali. Mereka bergaduh tapi solat pula yang dibangkitkan.

" Sebab Allah kata dalam al Quran, sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan tidak baik. Orang yang solatnya betul dan sempurna tentu tak bergaduh,betulkan? " saya menjelaskan kaitan antara pergaduhan dan solat mereka. Kak Long dan Kak Ngah menguntum senyum. Mereka meminta maaf dan kembali berdamai.

Mendidik dengan kasih sayang dan penuh rasa cinta seharusnya menjadi tunggak seorang wanita bergelar ibu. Dia sewajarnya menginsafi bahawa tidak ada satu pun yang dapat menghalanginya untuk memberikan keperluan jiwa seorang anak berupa kasih sayang dan perlindungan baik dalam menegaskan kebaikan mahu pun mencegah keburukan.

Jika sikap baik seorang guru yang memberi penghargaan berupa pujian, ransangan dan senyuman boleh melahirkan pelajar yang sukakan sekolah; apatah lagi seorang ibu yang mengalir di dalam batinnya fitrah kasih dan cinta kepada insan bernama anak. Dari saat mengandung dengan penuh lelah dan payah sehingga tiba masa melahirkan dengan nyawa sebagai pertaruhannya.

Seterusnya, tugas mengasuh dan membesarkan dari kecil hingga dewasa. Tentu saja, dari kasih dan cinta seorang ibu seperti ini akan meransang hati seorang anak untuk menjadi anak yang berbakti. Ibu mendidik dengan hati, anak menerima juga dengan hati. Dua jiwa , satu hati.

Inilah kelebihan wanita yang waktu dan masanya lebih banyak diluangkan untuk mengasuh anak-anak di rumah. Dengan tangannya sendiri dia membelai jasad dan tubuh fizikal anak-anak melalui tugas-tugas rumahtangga seperti membersihkan pakaian, menyediakan makan minum serta memastikan persekitaran rumah yang bersih dan menenangkan, juga dalam masa yang sama menyentuh hati dan rohani melalui didikan al Quran, akhlak dan budi seorang mukmin sejati. Tanggungjawab yang bukan sedikit imbalannya, agar lahir dari didikannya nanti seorang pemimpin dan generasi soleh di masa depan.

Rujukan lanjut oleh UZAR )

SURAT CINTA, SUARA CINTA

Saya mengambil kertas tebal berwarna merah jambu. Kali ini saya mesti membalas surat cintanya. Saya Lipat dua dan saya tuliskan di atasnya dengan pen berdakwat biru,

Surat cinta untuk Kak Ngah

Di dalamnya, saya coretkan pula kata-kata : Ummi sayang Kak Ngah. Jadi anak solehah ye. Saya letakkan di atas papan kekunci komputer di dalam bilik permainan anak-anak.

" Terima kasih Ummi, " tiba-tiba muncul wajah Kak Ngah tersenyum menunjukkan kad yang diterimanya di balik daun pintu dapur.

Sama-sama anakku. Kad itu hanya kad biasa, berisi suara cinta seorang ibu. Jadikan ia sebagai peransang dan pembakar semangatmu, bahawa di sini ada seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu. Dunia dan akhirat sana. Semoga, bila tiba masanya, kau juga tidak lupa mengirimkan surat cintamu untuk ibu dan ayah melalui doa setiap akhir solatmu.

" Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

by CAHAYA Man JR
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. 

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. 

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. 

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya. 

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." 

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. 

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. 

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. 

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. 

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." 

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; 

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. 

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. 

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. 

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
 adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. 

Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
by CAHAYA Man JR
Sejak tiba di bumi kanggaroo ini, saya lebih banyak berfikir dan memerhati suasana kehidupan di sekeliling saya. Cuba belajar tentang erti dan makna kehidupan yang sebenar. Bukan apa. Dahulu di Malaysia, saya berada di zon selamat. Ada keluarga di sisi, saya berasa selamat dan tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling saya-kerana saya tahu ada orang yang akan menjaga dan membimbing saya. 

Tapi di Australia ini, segalanya terpulang pada diri sendiri. Saya yang membuat keputusan tentang cara hidup saya, tiada lagi ibu bapa di sisi yang memantau dari masa ke masa agar hala tuju hidup saya sentiasa terarah kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Tiba di sini, saya semakin sedar tentang 2 jalan yang sangat jelas bezanya. Jalan kebaikan dan jalan kejahatan.

Dapat dibezakan dengan jelas antara orang yang beramal dengan amal kebaikan dan orang yang hidupnya dipenuhi dengan maksiat dan hiburan. Hitam putih! Kelabu pun ada juga, tapi saya mengklasifikasikan kelabu itu ke dalam hitam kerana percampuran perkara yang baik dengan tidak baik akan membawa kepada keburukan juga. Saya tidak berminat dengan golongan yang terkemudian, kerana saya tahu bukan jalan yang mereka pegang itu yang membawa kepada kejayaan. Bukan dengan berfoya-foya itu saya akan pergi ke syurga. Tidak sama sekali. 

Saya lebih berminat melihat pada golongan yang awal ini. Mereka ini unik. Cara hidup mereka mantap dari segala aspek walaupun adakalanya tampak kekurangan, tetapi bagi saya secara keseluruhannya mereka ini orang yang hebat dan mantap. Matlamat hidup mereka jelas. Dan apa yang lebih menarik hati saya untuk bersama mereka ini, ialah walaupun mereka adalah golongan yang mengejar akhirat tetapi mereka juga mantap dalam hal keduniaan. 

Akhlaknya baik, hubungan dengan orang lain juga mesra, tidak mudah marah, sentiasa senyum dan hebat dalam pelajaran. Kalau bab akhirat lagi hebat. Solat sentiasa berjemaah dan sangat mengutamakan solat di musolla. Hanya kalau ada halangan saja mereka solat di rumah. Belum kira baca dan mengkaji makna ayat-ayat quran dan hafazan lagi. Ilmu islam lagi. Masya Allah, serba serbi hebat. 

Diam-diam dalam hati ini menyimpan azam bahawa saya juga ingin menjadi seperti mereka. Pun begitu, nak mencapai tahap seperti mereka ini bukan mudah. Puas berperang dengan nafsu, dengan kawan yang banyak mencenderungkan ke arah bertentangan. Juga kerana banyak cara hidup bukan Islam yang telah terpupuk dalam diri ini sejak kecil, maka sangat sukar untuk mengubah kebiasaan itu kepada kebiasaan yang disarankan Islam. 

Bayangkan kalau dari kecil tidak dididik dengan solat berjemaah pada setiap waktu,nak ubah kepada solat berjemaah setiap waktu tentunya susah. Lagi-lagi kalau subuh. Selalunya bangun dan solat sendiri sahaja. Cepat dan mudah. Senang nak sambung tidur balik. Astaghfirullah. Ibaratnya macam periuk yang tidak pernah dibersihkan arangnya selama bertahun-tahun, nak hilangkan tu memang payahlah. Kena sental dengan berus besi, bubuh detergen, clorox. Tu pun kadang-kadang tak hilang juga. 

Saya mengkaji jalan-jalan dan cara-cara untuk saya menjadi seperti mereka. Dan dari kajian saya, mereka ini juga dahulunya tidaklah seperti diri mereka sekarang. Tetapi mereka ini berubah menjadi hebat kerana mereka sedar tentang matlamat hidup mereka yang sebenarnya. Mereka tahu bahawa hidup ini sementara, satu masa kelak akan mati juga. Dan selepas kematian ada 2 jalan sahaja iaitu ke syurga atau ke neraka. Dan semestinya semua orang ingin ke syurga. 

Dan atas kesedaran itu juga, mereka mula merubah diri dan gaya hidup mereka ke arah Islam yang sebenarnya. Mereka mencuba mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenarnya dan nah! Mereka ini menjadi antara manusia yang hebat walau mereka ini mungkin tidak sehebat Rasulullah dan para sahabat yang hidup di dunia ini suatu ketika dahulu. 

Ramai antara mereka ini menggariskan 10 ciri yang patut ada untuk menjadi Muslim yang sebenar, untuk menjadi manusia yang hebat. Kebanyakan mereka menggunakan ciri-ciri ini untuk mendidik diri mereka menjadi manusia yang hebat, Muslim yang diredhai Allah. 

10 ciri tersebut adalah: 

1. Aqidah yang sejahtera 
2. Ibadah yang shahih 
3. Akhlak yang mantap 
4. Luas pengetahuan 
5. Sihat tubuh badan 
6. Mampu berdikari 
7. Melawan nafsu 
8. Sangat menjaga masa 
9. Tersusun urusannya 
10.Bermanfaat pada orang lain
 

Apabila saya menilai kembali diri ini, sepertiga daripada keseluruhan sifat itu pun tiada dalam diri. Astaghfirullah. Saya tahu bahawa jika saya ingin menjadi Muslim yang benar-benar mantap, manusia yang hebat -saya perlu mendidik diri saya ini dari sekarang. Saya kena benar-benar didik diri ini untuk mengamalkan ciri-ciri ini dalam diri saya. Saya kena berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Kerana saya ingin juga menjadi seperti mereka.

Menjadi orang yang hebat bukan sahaja di dunia tetapi hebat di dunia kemudian sana. InsyaAllah! Di sini daku bermula. Doakan!

3M

Monday, April 20, 2009 by CAHAYA Man JR

melaknat, mengutuk atau memaki dalam hukum islam termasuk dalam golongan dosa besar. 3M itu sendiri biasa dilakukan oleh orang yang hatinya diliputi kebencian, dendam, dan kemarahan. sehingga apa yang dibencinya dimaki mengikuti emosi kemarahaanya. makian tersebut dapat ditujukan kepada sesama manusia, atau makanan atau binatang atau barang barang.

kita yang sering memaki sesuatu menunjukkan kesombongan dan keangkuhan kita didepan allah, seakan akan kita merasa yang paling benar, paling bersih, paling suci, paling pintar, paling mulia dan paling sempurna. pahalal kesempurnaan itu adalam milik Allah, kesempurnaan itu datangnya dari Allah.

perbuatan memaki tersebut menunjukkan seolah olah kita telah memvonis atau menentukan keburukan makluk yang ada didepan kita. seolah olah kita mengetahui akhir dari kehidupan ini, atau akhir dari makluk yang dimaki. maka dari itu memaki termasuk perbuatan yang tercela, karena kita manusia sebagai makluk yang paling sempurna, ternyata masih mengikuti hawa nafsu, nafsu setan.

dari sebuah hadist diriwayatkan :
abu darda berkata, Rasulullah telah bersabda, :”orang yang biasa memaki, melaknat, mengutuk, tidak dapat memberi safaat atau menjadi saksi pada hari akhir”.

rasulullah tidak pernah memaki, mencela terhadap makanan yang rendah, bila beliau berkehendak maka dimakannya, bila tidak suka maka beliau tidak memakannya.

intinya memaki makluk ciptaan Allah sama dengan menghina kepada Allah, menghina kepada sang pencipta, Dzat yang memiliki segalanya. maka dari itu, kebanyakan dari kita yang suka memaki memiliki perangai yang buruk dan jauh dari aqlakul karimah. landasan umat islam. dan perbuatan buruk ini dapat membawa kita dalam kehidupan yang sombong, takabur, dan lupa kepada Allah.

Sunday, April 19, 2009 by CAHAYA Man JR
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Saturday, April 18, 2009 by CAHAYA Man JR
JIKA AKU JATUH CINTA


Ya Allah jika aku jatuh
 cinta,
cintakan kau pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah
kekuatanku menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh aku
pada jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku
padanya, agar tidak
berpaling daripada
hatiMu


Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu, rindukanlah aku
seseorang yang
merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah jika kau menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepert
iga malam
terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadamu

Ya Allah jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya
kepadamu.

Amin.

Friday, April 17, 2009 by CAHAYA Man JR

Fakta berkenaan Madu dan Habbatus Sawda'yang perlu anda tahu:

FAKTA #1:

Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

FAKTA #2:

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).

FAKTA #3:

World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam.  Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

FAKTA #4:

Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.  Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawatPenyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

FAKTA #5:

Ibn sina dalam kitab besarnya "al-Qanun fi al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda' boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing.  Caranya ialah Habbatus sawda' dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

FAKTA #6:

Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing.  Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu.  Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

FAKTA #7:

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh  Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda' boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

FAKTA #8:

The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant(pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

FAKTA #9:

Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungi METASITOSTEROL.  Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

FAKTA #10:

Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda' mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

 

Semua orang tahu bahawa madu amat berkhasiat kepada tubuh badan.  Ditambah pula dengan habbatus sawda' yang mempunyai kuasa penyembuh yang menakjubkan.  Kedua-dua bahan ini sememangnya telah terkandung di dalam al-Quran dan al-Hadis.

by CAHAYA Man JR
semasa umur saya 9 tahun, saya pernah menghidap penyakit buah pinggang yang  agak serius, seingat saya, bapa saya memberi saya makan sup belut dan hempedu  belut yang masih berdenyut, dia juga memberi saya susu perahan ibu kambing,  alhamdulillah, selepas mengamalkannya sampai sekarang, buah pinggang saya sudah  sembuh dengan izin tuhan. elakkan makan makanan ringan, yang paling penting  jangan sesekali makan makanan yang kandungannya terlalu banyak bahan perasa.  sekarang, sup belut merupakan salah satu kegemaran saya 
suhaila ismail
Wed, 29 Oct 2008 17:43:44 -0700

by CAHAYA Man JR

Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

by CAHAYA Man JR

Kerapkali guru memperingatkan murid-murid supaya jangan "bermain-main" ketika belajar. "Bermain-main" ialah perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid yang bertentangan dengan matlamat belajar seperti mengganggu rakan, bergurau-senda atau tidak memberi perhatian dalam kelas. Dengan lain perkataan peringatan ini diberikan kepada murid-murid agar mereka memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran atau belajar dengan jiwa yang telus dan ikhlas.

Ketelusan jiwa ketika belajar amat diperlukan kerana ia ialah satu ibadah yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang sepenuhnya daripada murid-murid. Di antara ciri-ciri ketelusan jiwa ialah seperti berikut:

• Tidak menipu diri sendiri

Ramai murid-murid yang menipu diri sendiri ketika belajar! Sebagai contoh apabila guru bertanya sama ada seseorang murid itu memahami pengajaran guru, ramai yang mengangguk kepala tetapi pada hakikatnya mereka masih tidak memahami atau masih dalam keadaan terkeliru. Inilah yang dikatakan menipu diri sendiri. Dalam hal ini muridlah yang rugi dan akhirnya mereka akan ketinggalan disebabkan suka menipu diri sendiri. Oleh itu murid-murid harus telus dan ikhlas ketika belajar. Jika tidak memahami sesuatu topik murid-murid seharusnya bertanya dengan guru untuk mendapat bimbingan tambahan.

• Memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.

Memberi perhatian sepenuhnya dalam kelas amat diperlukan ketika belajar. Ia bukan sahaja melibatkan mata, telinga dan anggota badan sahaja tetapi keseluruhan aspek termasuk minda dan jiwa. Minda seharusnya tertumpu kepada topik yang sedang dipelajari bukannya berada dalam keadaan khayalan. Manakala jiwa pula seharusnya bersemangat, berminat serta melibatkan sepenuhnya dalam sebarang aktiviti yang berlaku dalam proses pembelajaran tersebut.

• Persediaan diri

Untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan licin tanpa gangguan, murid-muris harus membuat persediaan diri terlebih awal. Sebagai contoh murid harus membawa segala peralatan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang tertentu. Manakala buku teks, buku kerja atau buku nota harus dibawa bersama untuk gerakkerja aktiviti. Gagal untuk melakukannya bermakna murid-murid tidak membuat pesiapan diri dan ini akan menjejas proses pembelajaran.

Jika tiga perkara yang disebut di atas dapat dilakukan dengan sempurna, syabas! murid-murid sudah mempunyai ciri-ciri awal ketelusan jiwa dalam proses pembelajaran yang akan membawa kejayaan diri.

by CAHAYA Man JR
Thursday, April 16, 2009 by CAHAYA Man JR
Soldiers of Allah-1924
(ISK) Ini Sejarah Kita. Kenang dan ingat kembali, satu masa dahulu tamadun Islam dijulang tinggi, terkenal di seluruh pelusuk dunia. Tapi kini ???
Ayuh, fikir-fikirkan. Celikkan hatimu. Tugas, tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam satu ketika dulu. Tegakkan dakwah Islamiyah walau di mana jua kita berada. Allahu'akbar...

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) akan memberikannya kefahaman dalam ad-deen".

Wednesday, April 15, 2009 by CAHAYA Man JR

BISMILLAH  (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

Tuesday, April 14, 2009 by CAHAYA Man JR
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan