latar masa(PUTERA GUNUNG TAHAN)

Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JR

Latar masa yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Mohamad ialah pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Contohnya ialah para pejuang melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjuang menentang askar-askar penjajah Inggeris. Mereka diusir dan terpaksa melarikan diri ke kawasan sempadan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, latar masa novel ini ialah pada waktu pagi. Contohnya, pada setiap pagi Mem William akan pergi menziarahi kubur mendiang suaminya, Tuan William. Tuan Robert pula pergi berjumpa dengan perempuan tua yang tinggal dengan orang Sakai untuk meminta kulit harimau putih kepunyaan perempuan tua itu untuk dibeli.

Latar masa seterusnya ialah pada waktu petang. Pada waktu petang, dua buah kapal terbang British berlegar-legar di ruang udara puncak Gunung Tahan. Kapal terbang terus menggugurkan bom dan istana Ratu Bongsu hancur dan Tuan William mati kerana menyedut gas beracun yang dilepaskan dari kapal terbang itu.

Latar terakhir ialah pada waktu malam. Tuan Robert yang ditawan oleh orang Sakai telah diraikan dalam satu majlis jamuan makan malam yang diketuai oleh Tok Batin. Pada malam itu, Tuan Robert telah dilantik oleh masyarakat di situ untuk menjadi penghulu orang Sakai dengan menggunakan gelaran Batin Putih.

Filed under: