latar tempat(PUTERA GUNUNG TAHAN)

Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JR

Novel yang saya kaji di Timgkatan Lima ialah novel Putera Gunung Tahan. Terdapat tiga latar tempat utama dalam novel ini iaitu Negeri Pahang, perkampungan orang sakai dan Puncak Gunung Tahan.

Latar tempat yang pertama ialah negeri Pahang. Pada permulaan novel ini, pengarang telah menceritakan beberapa siri peperangan menentang penjajahan Inggeris yang telah berlaku di negeri Pahang. Pengarang juga menceritakan beberapa orang tokoh perwira negeri tersebut seperti Tok Gajah dan Mat Kilau.

Latar tempat yang kedua ialah perkampungan sakai. Perkampungan ini merupakan tempat Tuan Robert dibawa setelah ditangkap oleh orang-orang sakai. Di sana, beliau telah dilantik sebagai Datuk Batin Putih. Beliau juga telah berjumpa dengan perempuan tua berketurunan Raja Melayu dan jatuh asyik kepada perempuan sakai setelah diberi cenuai dalam makanan beliau oleh perempuan tua tersebut.

Latar tempat yang ketiga ialah puncak Gunung Tahan. Puncak ini menjadi tempat kediaman orang bunyian dan Ratu Bongsu. Tuan William telah dibawa oleh Kusina ke puncak Gunung Tahan. Di puncak tersebut beliau telah menghadap Ratu Bongsu. Di sana, dia telah diperlihatkan oleh Ratu Bongsu pohon beringin dan teropong terus. Di puncak ini juga, Ratu Bongsu telah berjumpa dengan Mem William yang terselamat daripada nahas kapal terbang dan akhirnya menetap di sana.

Filed under: