latar masyarakat(PUTERA GUNUNG TAHAN)
Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JRMasyarakat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad adalah masyarakat yang tinggal di kawasan hutan dan pergunungan. Mereka adalah masyarakat Melayu,
Di samping itu juga, latar masyarakat yang ada dalam novel ini adalah masyarakat yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi. Contohnya, perempuan tua yang menentang Inggeris dan tetap curiga terhadap Tuan Robert semasa Tuan Robert ingin membeli tulang harimau putih daripadanya. Ratu Bongsu juga menentang kehendak Tuan William yang ingin menguasai puncak Gunung Tahan.
Masyarakat yang berpendirian tegas turut digambarkan dalam novel ini. Contohnya, Ratu Bongsu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjual puncak Gunung Tahan walaupun Tuan William menawarkan untuk membayar 5000 pound sebulan dan memberikannya sebuah istana. Perempuan tua juga tegas dengan pendiriannya untuk tidak menjualkan tulang harimau putih kepada Tuan Robert walaupun Tuan Robert telah membuat pelbagai tawaran terhadapnya.
Post a Comment