teknik plot(DI HADAPAN PULAU)
Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JRTerdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel Di Hadapan Pulau iaitu dialog, imbas kembali, pemerian dan juga imbas muka.
Terdapat banyak teknik dialog yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya adalah antara Tuk Marzuki dan Afidah mengenai masa depan Aziz. Terdapat juga dialog antara Aziz dan Afidah yang berkisar tentang usaha mereka untuk mencari makanan memandangkan makanan semakin sukar untuk didapati.
Di samping itu, terdapat juga penggunaan teknik imbas kembali di dalam novel ini. Antaranya adalah imbasan Syed Fikri terhadap sepupunya Syed Zuhri. Dalam imbasan atau teknik imbas kembali ini, Syed Fikri menganggap bahawa sepupunya itu telah memalukan keluarganya dan keturunannya sahaja. Syed Zuhri sudah berkahwin tetapi tidak bertanggungjawab. Malah sepupunya itu juga suka menipu orang.
Teknik imbas muka turut diketengahkan dalam novel ini. Antaranya adalah bayangan Aziz terhadap masa depan penduduk di situ jika perang benar-benar berlaku. Bagi Aziz jika perang berlaku makanan sukar diperolehi. Dia juga membayangkan Tuk Marzuki akan pulang dari kampungnya di Merlimau.
Terdapat teknik pemerian dalam novel ini. Salah satunya adalah pengisahan tentang watak Budin. Menerusi teknik ini, pengarang menjelaskan tentang Budin yang tidak bertanggungjawab dan suka minum arak.
Post a Comment