plot(PUTERA GUNUNG TAHAN)

Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JR

Pengenalan mengenai kisah-kisah kepahlawanan pahlawan-pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menjadi lambang kemasyhuran Pahang. Terdapat juga asal-usul Putera Gunung Tahan diceritakan serba ringkas, tetapi mempunyai perkaitan rapat dengan isi keseluruhan novel.

Perkembangan novel ini ialah kedatangan Tuan Robert dan Tuan William ke Tanah Melayu untuk mencari kawasan peranginan untuk pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu. Tuan Robert dan Tuan William mendaki Gunung Tahan dan kemudiannya mereka terpisah.

Tuan Robert ditangkap oleh orang Sakai. Banyak konflik wujud antara Tuan Robert dengan perempuan tua dan akhirnya mati apabila terjatuh pokok ketika mengejar gadis Sakai yang digilainya setelah dicenuai. Tuan William meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan setelah berjumpa dengan Ratu Bongsu. Tuan William menipu Ratu Bongsu yang banyak membantunya dengan cara mengutus surat untuk meminta bantuan tentera Inggeris menyerang istana Ratu Bongsu.

Klimaks novel ini mengenai kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris di puncak Gunung Tahan dan mengebom istana Ratu Bongsu. Istana Ratu Bongsu musnah teruk namun baginda dan rakyatnya sempat menyelamatkan diri. Tuan William diperangkap dan terkorban dalam istana Ratu Bongsu.

Peleraian novel Putera Gunung Tahan ialah Mem William, isteri Tuan William sahaja yang terselamat setelah kapal terbang mereka terhempas. Akhirnya, Mem William bersetuju menerima lamaran Ratu Bongsu dan tinggal di Gunung Tahan untuk selamanya.

Filed under: