persoalan(PUTERA GUNUNG TAHAN)

Saturday, August 8, 2009 by: CAHAYA Man JR

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang saya kaji, terdapat beberapa persoalan yang saya peroleh.

Persoalan pertama adalah persoalan sikap penjajah yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan daripada kekayaan dan keuntungan sesebuah negara lain. Hal ini dapat dilihat menerusi sikap Tuan Robert dan Tuan William. Mereka meninjau kawasan puncak Gunung Tahan untuk dijadikan kawasan peranginan.

Persoalan kedua ialah persoalan sikap orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan cara hidup Barat. Terdapat segelintir orang Melayu yang terpengaruh dengan cara hidup orang Barat seperti minum arak, mencuri dan pergaulan bebas. Sebagai contoh, Tengku Aishah yang dikatakan daripada keturunan yang baik-baik, telah mengandung tiga bulan tanpa suami.

Selain itu, terdapat persoalan kasih sayang sesama manusia. Tuan William sangat sayang akan rakannya, Tuan Robert. Apabila Tuan Robert hilang, dia berusaha untuk menjejakinya. Ratu Bongsu juga menyayangi Tuan William dengan cara menunaikan kehendak Tuan William seperti khidmat beringin bercakap, teropong terus dan burung pesuruhjaya.

Persoalan seterusnya ialah tentang persoalan masyarakat yang bermuka-muka dan khianat terhadap tanah air sendiri. Buktinya, Ali dan Awang yang menjadi penunjuk arah kepada Tuan William dan Tuan Robert dalam perjalan mencari kawasan Gunung Tahan yang sesuai untuk dijadikan kawasan peranginan. Namun, mereka berdua mati di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, novel ini berjaya mengetengahkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kehidupan, menarik dan mudah untuk difahami.

Filed under: