Showing posts with label sekolah n pelajar. Show all posts
Showing posts with label sekolah n pelajar. Show all posts
Friday, June 4, 2010 by CAHAYA Man JR




K . P . I . J

Kesatuan Pelajar Islam Johor atau lebih dikenali sebagai KPIJ telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Allahyarham Ustaz Abdul Manan dan sahabat-sahabatnya di Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Ia kemudian telah didaftarkan secara sah pada 28 Julai 1958 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka dengan No. Pendaftaran di Pejabat Pendaftar Penubuhan ialah 867 Melaka. KPIJ atau nama asalnya (ketika didaftarkan) Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor telah mencatit sejarahnya tersendiri sebagai sebuah pertubuhan Islam rasmi pertama di Malaysia yang menghimpunkan kekuatan pelajar Islam. KPIJ diasaskan oleh kumpulan pengajar dan pelajar Melayu/Islam dari sekolah-sekolah agama di daerah Muar. Usaha ini diketuai oleh Ayahanda Allahyarham Ustaz Abd. Manan.
Thursday, June 3, 2010 by CAHAYA Man JR
assalamualaikum..
alhamdulillah..saya sekarang berada d cfs iium utk menyambung pelajaran..maaf semua..lame tak update blog ni..sekarang ni agak sibuk sedikit..hari isnin (7-6-2010) saya akan start kuliyah..jadi masa utk update terpakse d kurangkan..huhu..sedih nyer..

last week saya join group KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)..baru first gathering..best gak r..anak2 johor ramai gak yg mai join..lepas ni nak masuk aktiviti yg d anjurkan pula..tgk mcm best jerr aktiviti yg dirancangkan utk tahun ni..

budak bilik pown gerek2..sebilik 4 org..siap ade bg compartment lg..so best r..3 bijik bdk johor n lg sekeping bdk pahang..so..agak best r..siap jmpe sahabat dr smka bandar penawar lg..

nk cerita pnjg sgt lerr..so kalo nak taw lebih lagi..usha2 la saya kat cfs iium pj 2..lg specifik..kat mahallah umar al khatab 1..bilik 2**..haha..

nah..korg enjoy r lagu cfs nie..best r..nak2 bahagian chorus..


WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH..

GUIDED BY QURAN AND SUNNAH..

FOUNDATION CENTRE OF IIUM..

THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE..


korg layan sendiri lah yer keseluruhan lagu nie..




*p/s-kpd sesape nak join iium..yok r..best kat c nie..mai3!!
Thursday, April 15, 2010 by CAHAYA Man JR


sy dpt KMJ..
KMJ mari!!!

:Kementerian Pelajaran Malaysia
84900 Tangkak
Johor
No. Telefon : 06 - 9781613
No Faks : 06 - 9781672
Laman Web: www.kmj.matrik.edu.my

kawan2..mai rmai2 cek keputusan matrik..
nah klik sini..
http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/
nk pkai msj nie tutorial..

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Satu Tahun:
  • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAT 760704085973

cek btol2..
KMJ mari!!!!

bkn kembara mahkota johor tp KOLEJ MATRIKULASI JOHOR..
Saturday, August 8, 2009 by CAHAYA Man JR

Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad, terdapat beberapa simbolik yang telah ditunjukkan oleh pengarang.

Antaranya ialah puncak Gunung Tahan. Puncak Gunung Tahan merupakan simbolik kepada keseluruhan Tanah Melayu. Tuan Robert dan Tuan William bermati-matian ingin mendapatkan puncak Gunung Tahan untuk dijadikan pusat peranginan.

Belulang harimau putih menjadi simbolik kepada maruah Tanah Melayu. Hal ini ditunjukkan apabila Tuan Robert tertarik kepada belulang harimau putih tetapi perempuan tua bertegas tidak mahu menyerahkannya kerana belulang itu merupakan sesuatu yang berharga dan maruah Tanah Melayu.

Watak Ali dan Awang menjadi simbolik kepada pembelot Tanah Melayu. Mereka menjadi penunujuk jalan kepada Tuan Robert dan Tuan William ke puncak Gunung Tahan.

Watak Tuan William dan Tuan Robert menjadi simbolik kepada penjajah Tanah Melayu. Hal ini dibuktikan apabila mereka berniat datang ke Tamah Melayu untuk menakluk puncak Gunung Tahan dan menawarkan 5000 pound sebulan dan sebuah istana kepada Ratu Bongsu sebagai pertukaran.

by CAHAYA Man JR

Novel yang saya kaji di Timgkatan Lima ialah novel Putera Gunung Tahan. Terdapat tiga latar tempat utama dalam novel ini iaitu Negeri Pahang, perkampungan orang sakai dan Puncak Gunung Tahan.

Latar tempat yang pertama ialah negeri Pahang. Pada permulaan novel ini, pengarang telah menceritakan beberapa siri peperangan menentang penjajahan Inggeris yang telah berlaku di negeri Pahang. Pengarang juga menceritakan beberapa orang tokoh perwira negeri tersebut seperti Tok Gajah dan Mat Kilau.

Latar tempat yang kedua ialah perkampungan sakai. Perkampungan ini merupakan tempat Tuan Robert dibawa setelah ditangkap oleh orang-orang sakai. Di sana, beliau telah dilantik sebagai Datuk Batin Putih. Beliau juga telah berjumpa dengan perempuan tua berketurunan Raja Melayu dan jatuh asyik kepada perempuan sakai setelah diberi cenuai dalam makanan beliau oleh perempuan tua tersebut.

Latar tempat yang ketiga ialah puncak Gunung Tahan. Puncak ini menjadi tempat kediaman orang bunyian dan Ratu Bongsu. Tuan William telah dibawa oleh Kusina ke puncak Gunung Tahan. Di puncak tersebut beliau telah menghadap Ratu Bongsu. Di sana, dia telah diperlihatkan oleh Ratu Bongsu pohon beringin dan teropong terus. Di puncak ini juga, Ratu Bongsu telah berjumpa dengan Mem William yang terselamat daripada nahas kapal terbang dan akhirnya menetap di sana.

by CAHAYA Man JR

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad. Watak sampingan adalah watak yang membantu watak utama dan boleh dibahagikan kepada protagonis dan antagonis.

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah watak Perempuan Tua. Perempuan Tua merupakan seorang keturunan raja tetapi terpaksa berlari jauh ke dalam hutan kerana diburu pihak Inggeris. Beliau pernah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau tinggal di dalam hutan bersama-sama masyarakat Sakai selama berpuluh-puluh tahun. Beliau juga merupakan seorang yang tegas. Buktinya, beliau tidak terpengaruh dengan kata-kata Tuan Robert yang memintanya untuk menjual tulang harimau putih.

Selain itu, beliau juga seorang yang taat kepada perintah agama. Beliau beragama Islam dan mengajar ilmu-ilmu berkaitan agama Islam kepada perempuan-perempuan Sakai di hutan. Beliau juga tidak makan daging babi, berpakaian menutup aurat, bersembahyang dan masih menganut agama Islam walaupun setelah berpuluh-puluh tahun hidup bersama masyarakat Sakai.

Di samping itu, watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Kusina. Kusina ialah orang Bunyian yang menjadi pengiring setia Ratu Bongsu. Dia yang bertanggungjawab membawa Tuan William ke puncak Gunung Tahan. Dia juga seorang yang baik hati. Dia menasihati Tuan William tentang pelbagai perkara berkaitan adab-adab semasa menghadap Ratu Bongsu dan pantang-larang semasa mendaki Gunung Tahan. Malah, Kusina turut membawakan Tuan William makanan.

Kusina juga seorang yang bijak bertindak. Dalam keadaan genting ekoran serangan udara pihak British di puncak Gunung Tahan, dia yang telah lama menghilangkan diri muncul semula. Beliau telah memerangkap Tuan William dalam bilik khazanah Ratu Bongsu. Dalam serangan tersebut, Tuan William akhirnya terbunuh dalam runtuhan istana Ratu Bongsu.

Kesimpulannya, watak sampingan turut memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan cerita sesebuah novel. Hal ini kerana watak-watak ini mempunyai cirri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri dalam menyerlahkan watak utama.