sifat orang jahil

Sunday, October 10, 2010 by: CAHAYA Man JR





Terdapat tiga perkara yang sesiapa mengerjakannya disifatkan sebagai orang yang jahil. Tiga perkara tersebut adalah:-


1. Memilih dunia dengan meninggalkan kepentingan akhirat. Sikap ini jelas-jelas merugikan dan tidak patut sama sekali bagi seorang mukmin bersikap demikian.

Allah SWT berfirman: 

"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."

(Surah al-A'la: 16-17)


2. Suka menagguhkan amalan-amalan akhirat kerana beranggapan bahawa umurnya masih panjang. Sikap demikian menyebabkan seseorang terlalu panjang angan-angannya, ingin mengumpulkan kekayaan dunia sebanyak-banyaknya. 

Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"
(Surah al-Humazah:1-3)


3. Sentiasa mempunyai rancangan berikutnya setelah sesuatu pekerjaan duniawi itu telah selesai. Jika ini beterusan maka sudah tentu akan melemahkan niat dan hasratnya untuk beribadah yang bersifat ukhrawi kepada Allah. Sudah pasti ini akan menimbulkan kebinasaan pada diri seseorang.


Ibnu Athaillah al-Iskandari berkata: 
"(Menangguhkan) segala amal kebaikan pada waktu ada kelapangan adalah sebahagian dari kebodohan-kebodohan diri."

Filed under: