Memberi dan menjawab salam

Friday, October 8, 2010 by: CAHAYA Man JR


Sedikit penjelasan tentang memberi dan menjawab salam. Mungkin ada yg terkurang minta ditambah dan salah diperbetulkan.

Memberi dan menjawab salam
1. Pengertian
Salam bererti selamat dan sejahtera. Ungkapan memberi salam pula bermakna memberi ucapan selamat dan sejahtera kpd seseorang dgn menggunakan ucapan yang khusus iaitu Assalamualaikum atau Salamuallahialaikum.

2. Cara yang sempurna memberi dan menjawab salam.
Memberi salam dengan lafaz yang lebih sempurna akan diberi pahala atau ganjaran yang lebih baik. 

3. Memberi salam itu sangat dituntut dan hukumnya adalah sunat muakad. Sementara menjawab salam pula adalah wajib.

4. Hukum memberi dan menjawab salam.
Hukum memberi salam adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Jika berada dalam satu kump memadailah seorang sahaja yang memberi salam dan setiap orang mendapat pahala sunat yang dituntut. Hukum menjawab salam pula adalah fardhu ain jika orang yang diucapkan salam itu seorang diri. Jika salam itu ditujukan kepada sekumpulan yang ramai, maka menjawabnya
fardu kifayah ke ats kump itu.

5. Adab mengucap salam
   - Orang yang berkenderaan kepada orang yang berjalan kaki.
   - Orang yang berjalan kepada orang yang dudk.
   - Orang yang kecil (kanak-kanak) kepada orang dewasa.
   - Kump yang kecil kpd kump yang besr. 

6. Keadaan sunat memberi salam
    - Bertemu antara dua sedara                        - Masuk ke rumah sendiri atau masjid
    - Msuk ke satu majlis                                    - Memulakan percakapan dan ucapan
    - Keluar dari majlis ilmu                                - Menziarahi dan melalui kubur

7. Makruh memberi salam
- Orang yang terlalu mengantuk                  
- Orang yang berada dlm tandas- Orang yang sedang makan                        
- Orang yang sedang azan, solat, membaca Al-Quran, talbiah, tasbih dan berzikir
- Orang yang sedang mengadili dan menjatuhkan hukuman.        
- Orang yang sdg mengumpat atau melihat maksiat.

8. Hukum memberi dan menjawab salam kpd orang kafir
- Menurut pndpt yang terkuat dan jamhur fukaha' Syafie menyatakan bahawa tidak harus memberi salam kpd orang kafir.
- Almawardi dalam kitabnya "alhawi" menyebut dua pndpt iaitu tidak harus mmberi salam kpd orang kafir dan harus jika
mmbri salam dgn menyebut "assalamualika" bukan "assalamualaikum".
- Menjawab salam dari orang bukan islam, menurut jumhur, hendaklah menjawab dengan lafaz "waalaikum"

9. Pendapat ulama tentang hukum memberi dan menjawab salam kepada bid'ah, orang fasik yang jls kepasikannya dan orang yang melakukan dosa2 besar dan blum bertaubat....Ibnu Umar dan Bukhari: Hukumnya tidak sunat malah sunat tidak diberikan kpd glgn tersebut tetapi ada yang berpendapat sunat memberi salam kepada golongan tersebut kerana mereka juga adalah tergolong drpd glgn Islam.

10. Sunat memberi salam kepd kanak-kanak dan apabila mereka diberi salam, mereka tidak wajib menjawabnya. 

11. Salam lelaki kepada perempuan dan sebaliknya
- Salam lelaki kpd prmpuan dan sebaliknya yg tudak mmpunyai hbgn mahram adalah tidak disunatkan kecuali dlm keadaan
yang aman dr fitnah. Harus memberi dan menjawab salam perempuan untuk tujuan pendidikan seperti pelajar kepada gurunya.
- Jika seorang lelaki memberi salam kepada gadis remaja maka tidak harus dia menjawabnya.
- Jika seorang gadis memberi salam kpd seorang lelaki maka makruh lelaki tersebut menjawab salamnya. 

12. Hikmah memberi dan menjawab salam
     - Membezakan orang islam dan orang bukan islam
     - Mendapat ganjaran pahala
     - Mengukuhkan perpaduan dan membentuk warga penyayang
     - Melenyapkan perasaan dengki dan sombong 
     - Mendapat ganjaran pahala
     - Melembutkan hati
     - Merapatkan hbgn persaudaraan

p/s:tq to cik natrah 4 sharing this..

Filed under: