Bila hati gembur dan subur

Sunday, April 4, 2010 by: CAHAYA Man JR



Bila hati gembur dan subur semula,
Benih mahmudah akan tumbuh kembali,
Ia kan berdaun dan gugur berbuah,
Memberi manfaat kepada seluruh alam dan makhluknya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau amat mengetahui bahawa hati ini telah
dikumpulkan untuk maksud dan tujuan mengingatiMu,
Bertemu dengan tujuan mentaatiMu,
Bersatu dengan tujuan menegakkan agamaMu,
Berpadu janji atas pertolongan syariatMu yang suci maka Kau
Eratkanlah pertalian ini,tunjukilah jalannya,
Penuhilah ianya dengan cahaya yang tak pernah padam dan
sinarilah ianya dengan limpahan iman yang sebenar kepada Mu
Hati sudah lama gersang dari siraman kasih sayang,
Kerana hujan iman sudah lama tidak turun,
Kita cantumkan kembali budi penyiram kasih,
Agar hati yang gersang tumbuh dan subur lagi.

Filed under: