renungan hamba allah

Tuesday, April 14, 2009 by: CAHAYA Man JR

Cuba kita renungkan sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud memberi ingatan betapa umat akhir zaman sebenarnya tidak berkualiti akibat terlalu cinta kepada dunia dan takut akan mati sehingga hilang semangat jihad menetang musuh-musuh Islam. Daripada Thauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: Adakah kerana kami sedikit pada waktu itu? Rasulullah SAW menjawab: Bahkan kamu pada hari iru banyak sekali, tapi kamu umpama buih di waktu banjir. Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahnu'. Seorang sahabat bertanya: Apakah 'al-wahnu' itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Filed under: