wanita dan tudung

Saturday, October 9, 2010 by: CAHAYA Man JR





Sebuah tajuk yang menarik untuk dibincangkan, dan dah banyak kali pun kita umat Islam satu dunia membincangkan mengenai isu ini. Sampai dah naik boring kalau dengar. Tapi itulah kita yang bergelar manusia, perlu saling ingat mengingati pada setiap detik, masa dan ketika. 

Bagi aku semua orang adalah baik, tak kiralah mereka yang bertudung ataupun tidak bertudung, kerana kita secara fitrahnya dilahirkan dengan hati yang suci lagi murni. Cuma didikan ibu bapa dan juga pengaruh kita terhadap rakan sebaya yang menjadikan diri kita ini terjebak dengan segala macam perkara yang berunsur kemungkaran. Baiklah kepada wanita yang tidak bertudung, mungkin kita boleh katakan bahawa kita ini adalah baik secara zahirnya, tetapi apabila kita mengaitkan kembali dengan hukum islam, sudah secara terang-terangan Allah telah nyatakan bahawa rambut itu adalah aurat bagi setiap wanita! Diulangi sekali lagi,setiap wanita!! Tiada pengecualian walaupun kita sudah anggap diri kita ini baik untuk masyarakat. 

Memang la kita lihat sekarang wanita bertudung pun berperangai macam apa, tapi bukanlah semua tak ok. Sungguhpun wanita itu bertudung, tetapi perangai baik buruk itu adalah berdasarkan diri mereka sendiri, jika dia hendak jadi baik, baiklah dia. Jika dia hendak jadi jahat, maka jahatlah dia walaupun sudah bertudung. Apa yang aku boleh katakan kepada wanita ialah apabila bertudung, ikhlaslah dalam pemakaian, jangan disebabkan seseorang ataupun sebab datang kelas agama sahaja baru hendak melabuhkan selendang di kepala. 



Apa yang kita hendakkan dalam memakai tudung bukan hanya sekadar cara pemakaian ataupun hanya untuk menutup aurat, tetapi apa yang dicari adalah kesempurnaan dalam diri seseorang itu agar dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. Dari situ secara tidak lansung dapatlah kita melihat kesempurnaan akhlak dalam diri si pemakai tudung. Aku tahu memang tidak senang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi masyarakat sekitar, tetapi itulah yang kita namakan dugaan dan cabaran dalam hidup. 

So, itulah sedikit sebanyak pandangan yang dapat aku kongsikan bersama korang, mungkin korang pun ade 
pendapat masing-masing sama ada nak mempertahankan mereka yang bertudung dan tidak bertudung? Apa-apa kita mesti ingat satu perkara wahai semua umat Islam, bahawa tempat pengakhiran kita adalah dua sahaja, sama ada syurga ataupun neraka. Jadi, mana satu pilihan anda??

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk." 

Filed under: