SEPULUH ORANG YANG ZALIM
Tuesday, October 5, 2010 by: CAHAYA Man JRSahabat2 sekalian, marilah kita sama2 merenung dan bermuhasabah, adakah kita tergolong dalam sepuluh yang tersenarai dibawah..
bersama kita hayati:
Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :
SATU
Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
DUA
Seseorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran (secara bertertib).
TIGA
Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.
EMPAT
Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
LIMA
Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.
ENAM
Seseorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
TUJUH
Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
LAPAN
Seseorang yang diundang ke jamuan atau majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.
SEMBILAN
Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
SEPULUH
Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.
Post a Comment