mengapa solat tidak khusyuk???

Monday, October 4, 2010 by: CAHAYA Man JR





Tiada apa yang lebih penting selain dari bina tiang agama dari sudut individu itu sendiri. Kamu akan ketahui setiap nikmat yang diberi Allah Yang Maha Kuasa sungguh tidak ternilai. Sebaiknya perbetulkan apa yang tidak betul dan nilai balik setiap apa yang telah kita lakukan sebelum kita mati.
Rasanya sudah beberapa minggu aku tidak menulis perkara yang bersangkut paut dengan soal keagamaan atau yang membawa tazkirah kepada soal agama islam. Hari ini aku cuba sampaikan atau kongsikan apa yang aku tahu dan pelajari mengenai sebab-sebab kenapa kita solat tidak khusyuk.
Aku pernah dengar Ustas Mohd Zawawi Jusoh pernah mengutarakan persoalan tersebut. Ada banyak sebab sebanrnya, aku senaraikan yang mana aku tahu dan ingat. Antara sebab-sebab solat tidak khusyuk ialah,

Tidak Ghairah


Kamu ingat nak solat tak perlu ghairah ke? Maksud aku, janganlah kamu melakukan solat kerana terpaksa atau melakukannya sambil lewa. Solat perlu dilakukan bersungguh-sungguh kerana ianya dipandang berat oleh agama kita, islam. Kenapa? Sebab solat merupakan tiang agama kita mewakili setiap individu yang beriman.

Oh! Kalau main bola boleh lama-lama, berjam-jam hingga dengar azan maghrib pun kamu langgar je. Kalau bergayut dengan awek berjela-jela, sampai habis keluar ayat-ayat cinta yang ke 368! Ghairah bukan main lagi tapi bila sebut pasal solat, sebut pasal islam, buat tak tahu je, macam satu beban.
Tingkatkanlah keghairahan untuk bersolat dengan mengingati bahawa ia satu kewajipan. Lakukan kekerapan 5 waktu sehari menjadi kebiasaan, lama-lama ok la tu. Satu lagi amalkan baca ayat-ayat al-quran untuk makanan kerohanian kita dan ingat mati.
Makanan Haram
Bila kamu berani untuk makan makanan haram maka sudah tentulah kamu berani tergolong dalam golongan orang yang menentang Allah. Orang seperti kamu tidak takut Allah.
Kamu tahu makanan yang kita makan bakal menjadi darah daging dan memberi tenaga dalam kehidupan seharian kita. Jadi jika kamu makan makanan yang haram disisi islam maka ia membuka ruang yang sangat besar untuk kamu melakukan perkara-perkara yang tidak baik bukan?

Takabbur

Rasa diri kamu besar, hingga tidak mampu hendak merendah diri kepada Allah. Sikap takabbur berkait rapat dengan hati yang keras, busuk hati, hati kering, jenis orang yang ‘langgar kemik’.
Ada pangkat bergelar datok, tan sri atau apa sahaja yang hanya dipandang didunia tetapi tak reti nak hormat Allah, tak reti merendah diri ke hadapan Allah. Orang kaya-kaya bukan  main dilayan dan dihormati didunia tetapi mereka tak sedar mereka sepatutnya menyambah Allah Yang Maha Kaya!
Biasanya kamu yang dalam kategori ini dibentuk dari makanan yang haram, tidak layan majlis ilmu dan sudah pastilah banyak dosa.
Mulut Jahat
Kamu yang dalam kategori inilah yang paling ramai. Tidak sedar sama ada berlaku secara sengaja atau tidak kerana menjadi tarbiah (kebiasaan) dalam kehidupan seharian kamu. Berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang berhati baik tetapi mengikut bahasa moden, kantoi juga.
Cakap banyak kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti bercakap kosong tanpa tujuan, bahasa lucah, kutukan atau gurau senda yang melampau (akan diperjelaskan pada entri akan datang), umpat dan fitnah. Bila dah terlalu biasa bermain dimulut sudah pasti ia menabur benih titik-titik hitam di dalam hati. Mulanya ia wujud dari titik-titik hitam yang kecil yang akhirnya menjadi besar lalu hitamlah hati kamu.
Bila hati dah mulai timbul titik-titik hitam tersebut maka mulalah perangai kamu berubah. Hati dah kotor, tiada lagi zikir Allah (zikrullah) masuk ke dalam hati. Mulalah melayan hati mendengar lagu-lagu yang kununnya menenangkan. Maksiat makin membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan, maksiat sana maksiat sini seperti kamu menjadi ejen pemasaran atau sistem jualan bertingkat syaitan!
Ketika ini giliran kamu pula melalaikan orang lain sepertinya kamu tidak punyai roh lagi – subhanallah.

Filed under: