Sebab-sebab wujudnya kebahagaian
Tuesday, April 6, 2010 by: CAHAYA Man JRKebahagian yang kekal adalah di syurga.
Sedangkan kebahagian dunia adalah kebahagian yang sementara.
Perbagai kebahagian yang dicari :
*Kebahagian fizikal sehingga melupakan keperluan roh.
*Kebahagian roh hingga melupakan keperluan fizikal.
*Mengejar kebahagian hingga lupakan keperluan roh dan juga fizikal.
Kebahagian yang membentuk hati yang tenang adalah Islam.
Dalam Islam, agama itulah salah satu kebahagian.
Allah menyeru kita kepada syurga. Begitulah Allah mengalakkan kita mengejar syurga keranasyurgalah kebahagian yang kekal abadi.
Bila Allah sayang kepada hambanya Allah akan mengujinya.
Hidup seorang mukmin yang bertakwa penuh dengan ketenangan kerana
setiap nikmat disyukurinya dan setiap dugaan direhdainya.
Mereka hanya mencari kebahagian, ketenangan dan kerehdaan hanya pada Allah.
Syeikh Qutub berkata " Hidup bersama Al-Quran adalah satu nikmat yang mereka tidak mengetahuinya, melainkan bagi mereka yang pernah melaluinya".
Dalam ibadah juga kita mampu mendapat satu kebahagian. Menghayati maksud bacaan dalam solat juga adalah satu kebahagian.
Sebab-sebab wujudnya kebahagian:
1) Terima hidup seadanya (rehda)
Dunia ini diciptakan Allah dalam jernih ada keruhnya,
tapi kamu pula nak bersih dalam semuanya.
2) Senantiasa bersyukur
Mampu melihat akhirat itu lebih dari dunia.
3) Tidak fikir yang negatif
Jangan terlampau bersedih dengan masa lalu dan jangan terlampau risaukan masa yang akan datang.
4) Tidak terlalu berkesan dengan pandangan negetif.
Kalau kebaikan yang kita lakukan, tidak semuanya orang akan senang dengan kita, maka carilah bagaimana harus kita menerimanya?
5) Selalu berdoa
Untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat, selalu hadirkan diri dengan Allah.
6) Berkawan dengan sahabat yang mampu menyokong dan memberi semangat dalam kehidupan.
7) Ilmu
Bila hidup dengan berilmu, ia adalah salah satu kebahagian dalam kehidupan.
Post a Comment