apa yang kamu tahu??

Friday, May 1, 2009 by: CAHAYA Man JR

Tahukah anta?
Setiap mu'min itu adalah bersaudara sebenarnya.(49:10)

Tahukah anta?
Setiap manusia yang mengaku beriman dan mereka pasti akan diuji bagi membuktikan keimanan mereka.(29:2)

Tahukah anta?
Bahawa tingkatan cinta dihati kita sebenarnya ALLAH - RASULULLAH - JIHAD sebelum lain2nya(9:24)

Tahukah anta?
Bahawa dunia ini sebenarnya adalah satu permainan dan melalaikan.(57:20)

Tahukah anta? 
Kaum yahudi dan nasrani selamanya tidak akan redha dengan kita sehingga kita mengikut cara hidup mereka. (2:120)

Tahukah anta?
Bahawa mereka yang tidak menggunakan pancaindera untuk melihat ayat-ayat allah mereka sebenarnya diumpama seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi (7:179)

Tahukah anta?
Bahawa mereka yang kafir/ingkat kepada ayat2 Allah, mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka, setiap kali kulit mereka hangus akan diganti dengan kulit yang baru supaya mereka merasakan azab itu berulang2 kali. (4:56)

Tahukah anta?
Bahawa wanita-wanita, anak-anak, harta dijadikan terasa indah di pandangan mata kita sedang akhirat itulah tempat kembali yang baik. (3:14)

Tahukah anta?
Bahawa lelaki2 yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. (24:36)

Tahukah anta? 
bahawa laki2 diwajibkan menahan pandangan dari wanita2 dan menjaga kemaluan mereka (24:30)

Tahukah anta?
Bahawa perempuan diwajibkan menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka serta memakai tudung hinggamenutupi dada mereka (24:31)

Tahukah anta?
Bahawa kita diwajibkan untuk taat ibubapa kita (46:15)
Tahukah anta?
Bahawa allah telah menyediakan kefasikan dan ketaqwaan untuk kita memilih antara keduanya dan tiada jalan pertengahan. (91:8)

Tahukah anta?
Manusia telah sanggup memikul amanah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini lalu tidak melaksanakannya,sungguh manusia itu amat zalim dan boodoh (33:72)

Tahukah anta?
sesungguhnya jalan islam ini adalah sangat jauh sekali. (9:42)

Tahukah anta?
Bahawa rasulullah s.a.w adalah contoh tauladan kita yang terbaik. (33:21)

Filed under: