Wednesday, April 7, 2010 by CAHAYA Man JR

assalam...hehehe...smart bukan?ni la antara filter yang akan saya ajar kepada kalian..ramai yang tidak tahu menahu mcmana nak menghasilkan sesuatu filter ataupun effect..kalau ada plug in lagi senang...tp kalau tak ada,kena guna cara menual la nmpaknye,,,pada episod kali ini,saya akan mengajar buat efect api mengunakan plug in...JOM...... 

1)Mcm biasa la..go tofile>new dan setakan scale yang dikendaki.








2)go to horizontal type tool yang ad tulis (T) untuk anda menulis tulisan yang anda nak..anda boleh menggunakan mana2 font yang bersesuaian..font yang jenis api pon ad gak tau..kalo nak,gtau saya ek..^_^







3)ni plug in yang saya ad..kalo nak,boleh mintak..nama plugin ini ialah alien skin..k2..saya guna plugin bkn ap,nak senangkan keja..nnti ad masa,saya ajr yang manual nye..pilih filter>alien skin eye candy 5>fire  (bagi sesiapa yang ad)






4)nanti akan ad msk satu page baru..kat setting tuh anda boleh pilih bntuk api yang anda kehendaki...
5)go to basic,kat sebelah setting..anda boleh setkan mengikut kehendak anda setelah anda mencari fire sesuai kat setting tadi








6)hasilnya nanti,akan jadi mcm ni lah..yang ni x sama macam yang kat atas tadi..just nak ajar gunakan plugin fire..banyak lagi jenis yang boleh anda hasilkan...ok..selamat mencuba!!!=p
p/s   : kalo gambq tak terang,boleh klik gmbar tuh..nnti akan dibesarkan..^_^

by CAHAYA Man JR




Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini....(sebutkan namanya)"
Tuesday, April 6, 2010 by CAHAYA Man JR


Kebahagian yang kekal adalah di syurga.
Sedangkan kebahagian dunia adalah kebahagian yang sementara.
Perbagai kebahagian yang dicari :
*Kebahagian fizikal sehingga melupakan keperluan roh.
*Kebahagian roh hingga melupakan keperluan fizikal.
*Mengejar kebahagian hingga lupakan keperluan roh dan juga fizikal.
 

Kebahagian yang membentuk hati yang tenang adalah Islam.
Dalam Islam, agama itulah salah satu kebahagian.
Allah menyeru kita kepada syurga. Begitulah Allah mengalakkan kita mengejar syurga keranasyurgalah kebahagian yang kekal abadi.

Bila Allah sayang kepada hambanya Allah akan mengujinya.

Hidup seorang mukmin yang bertakwa penuh dengan ketenangan kerana
setiap nikmat disyukurinya dan setiap dugaan direhdainya.
Mereka hanya mencari kebahagian, ketenangan dan kerehdaan hanya pada Allah.

Syeikh Qutub berkata " Hidup bersama Al-Quran adalah satu nikmat yang mereka tidak mengetahuinya, melainkan bagi mereka yang pernah melaluinya".
Dalam ibadah juga kita mampu mendapat satu kebahagian. Menghayati maksud bacaan dalam solat juga adalah satu kebahagian.
 
Sebab-sebab wujudnya kebahagian:
 
 1) Terima hidup seadanya (rehda)
Dunia ini diciptakan Allah dalam jernih ada keruhnya,
tapi kamu pula nak bersih dalam semuanya.
 
2) Senantiasa bersyukur
Mampu melihat akhirat itu lebih dari dunia.
 
3) Tidak fikir yang negatif
Jangan terlampau bersedih dengan masa lalu dan jangan terlampau risaukan masa yang akan datang.
 
4) Tidak terlalu berkesan dengan pandangan negetif.
Kalau kebaikan yang kita lakukan, tidak semuanya orang akan senang dengan kita, maka carilah bagaimana harus kita menerimanya?
 
5) Selalu berdoa
Untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat, selalu hadirkan diri dengan Allah.
 
6) Berkawan dengan sahabat yang mampu menyokong dan memberi semangat dalam kehidupan.
 
7) Ilmu
Bila hidup dengan berilmu, ia adalah salah satu kebahagian dalam kehidupan.
 
by CAHAYA Man JR
berikut adalah features bg handphone ini:


- Dual SIM Dual On
- GSM 850/ GSM 900 / DCS 1800 / DCS 1900
- 2.0" LCD, No Touch screen
- Bluetooth
- FM
- 1.3 Mega Pixels Camera
- MP3 & MP4



berikut pula adalah features bg digital al quran:


- Digital Holy Quran Text & Audio (114 Surahs), Arabic Text by Othman Font
- Recitation by Sudais & Shuraim or Mashari or Ghamidi
- Salat Times with Adhan Alarm
- Qibla Direction of all major cities around the word
- 28 languages Quran translation
- 9 Hadith books
- Duaa Khatam Al-Qur’an and 99 Names of Allah



kepada sesiapa yg berminat untuk mendapatkan telepon bimbit ini,,
anda boleh menghubungi,,
Tel: +60-0341497707
atau email kpd email: myimantech@gmail.com
Monday, April 5, 2010 by CAHAYA Man JR
amalkan gaya hidup sihat..

aras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

aras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

aras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

aras 4
Lemak, minyak, gula dan garam




aras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

aras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

aras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

aras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)


by CAHAYA Man JR


Lagak dan gerak-geri lelaki Lombok ini turut diibaratkan sudah diberi betis inginkan paha. Sudah diberi peluang mencari rezeki di sini bagi menampung keluarga di sana, anak gadis tempatan pula yang hendak dibawa lari.

Namun, ada pihak tidak menyalahkan lelaki Lombok semata-mata kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang dan beralih menuding jari bahawa anak gadis tempatan zaman ini amat leka, malah rela dipujuk rayu pendatang asing sehingga nekad meredah laut.

Wartawan, Nor Faizah Mohamed (faizah@hmetro.com.my) mengupas isu ini bersama beberapa pandangan pakar.

"NASI lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih hamba turutkan." Terngiang-ngiang di telinga mengenai pantun empat kerat itu kala menatap satu demi satu kisah gadis tempatan yang sanggup meninggalkan keluarga semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kepada pendatang asing terutama dari wilayah Lombok, Indonesia. Pelbagai janji manis dan kisah mengenai kehidupan menarik di pesisiran pantai Lombok dihamburkan hingga menyebabkan gadis tempatan mudah termakan pujukan mereka lalu rela mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup bersama di wilayah itu.
Sunday, April 4, 2010 by CAHAYA Man JR


Bila hati gembur dan subur semula,
Benih mahmudah akan tumbuh kembali,
Ia kan berdaun dan gugur berbuah,
Memberi manfaat kepada seluruh alam dan makhluknya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau amat mengetahui bahawa hati ini telah
dikumpulkan untuk maksud dan tujuan mengingatiMu,
Bertemu dengan tujuan mentaatiMu,
Bersatu dengan tujuan menegakkan agamaMu,
Berpadu janji atas pertolongan syariatMu yang suci maka Kau
Eratkanlah pertalian ini,tunjukilah jalannya,
Penuhilah ianya dengan cahaya yang tak pernah padam dan
sinarilah ianya dengan limpahan iman yang sebenar kepada Mu
Hati sudah lama gersang dari siraman kasih sayang,
Kerana hujan iman sudah lama tidak turun,
Kita cantumkan kembali budi penyiram kasih,
Agar hati yang gersang tumbuh dan subur lagi.
by CAHAYA Man JR


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

by CAHAYA Man JR



LUQMAN AL-HAKIM adlh seorang manusia yg soleh dan beliau hidup d zaman nabi daud a.s...
berikut adalah nasihat LUQMAN kepada anaknya:
-bersyukur kpd ALLAH S.W.T. dengan nikmat yg telah dikurnaikan
-menjauhi perkara2 syirik
-menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa
-mengikut jalan orang yang kembali kepada ALLAH S.W.T.
-mendirikan solat
-menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
-bersabar menghadapi ujian
-tidak bersikap sombong
-tidak memandang hina terhadap seseorang
-tidak takabur
-bersopan ketika berjalan
-merendahkan suara ketika berbicara

marilah kita sama2 menghayati nasihat2 berikut..mari kita sama2 beramal dengan nasihat2 yg telah diberikan ini..selamat beramal..
Thursday, February 25, 2010 by CAHAYA Man JR
29/01/2010..
admin telah terlibat dalam kemalangan jalan raya d bakri batu 6 d hadapan pos PGA muar..
kejadian berlaku pd jam 7.45 pg itu benar2 menguji kesabaran dan ketabahan sebagai hamba ALLAH d ats muka bumi ini..
akibat kemalangan tersebut, admin telah patah 3 batang gigi dan luka d bahagian dagu dan siku kanan..
inilah takdir MAHA ESA..
inilah balasan yg ALLAH TAALA berikan keatas admin d ats muka bumi ini..
atas kesalahan admin selama ini mengutuk sahabat admin yg hilang gigi akibat jatuh katil..
Ya Robb..
ampunkanlah dosa2 hambamu ini..
setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Tuesday, January 26, 2010 by CAHAYA Man JR

CAHAYA ILLAHI

Gerimis dinihari,

Disulam kicauan unggas biru,

Dalam kesamaran senja,

Kaki langit menjadi saksi,

Kenangan menjalar di jendela hati,

Air mata berpaut antara liang-liang roma,

Hidup di pipi mati di bibir.

Saat bintang-bintang berpesta,

Tersingkap aku pada satu rindu,

Terlukis satu wajah dalam kegelapan

Detik indah bersama semut merah,

semut merah menyayangiku,

seperti matahari,

tidak pernah letih

membahagikan cahaya ,

tidak pernah letih

menghangatkan jiwa,

Hadir semut merah,

bebekalkan wajah penuh kasih sayang dan kehangatan,

Tanpa menghela nafas panjang,

Dengan semangat bahagiakan kami,

Seluruh ilmu kau taburkan dalam benak kami,

Segalanya berguna,

Hingga mempunyai kuasa mengubah,

Mengubah syaitan jadi malaikat

Mengubah sedih jadi riang

Itulah kehebatan seorang semut merah.

Nukilan,

CAHAYA

by CAHAYA Man JR
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Hahahahahahahahahahaa
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha
http://www.free-lyrics.org/Shoutul-Harokah/246248-Cita-Pemuda.html

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Monday, January 18, 2010 by CAHAYA Man JR
Mensyukuri nikmat Allah tidak sepatutnya lekang dari hati dan minda kita. Sesaat pun kita tidak pernah terlepas dari Nikmat dan kurniaan-Nya.

Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya aku akan tambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku amatlah pedih.
(Ibrahim 14:7)

Apepun kesakitan, masalah, kesusahan membuatkan kita ingat kepada-Nya.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki Arsy yang agung." (At-taubah 9: 129)

Kita sangat dituntut untuk memohon pertolongan dari Allah,

Wahai org-org yang beriman! Mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar. (Al-baqarah 2: 153)

dan Tuhanmu berfirman, "berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. (Al-Ghafir 40:60)

Semua masalah dan rintangan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah Swt. Sakit itu kifarah dosa, i/Allah.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya nikmat yang kita miliki hari ini tidak akan habis dihitung hatta air di lautan menjadi dakwat untuk menyenaraikannya. Semoga kita senantiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakanNya dan menggunakanNya ke arah yang betul, iAllah.

Dan Jangan lupe ingat Allah selalu,

"org-org yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd 13:28)
by CAHAYA Man JR

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.
Sunday, January 3, 2010 by CAHAYA Man JR
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barang siapa menjaga solat, nescaya dimuliakan oleh Allah dengan 5 kemuliaan dan barang siapa yang melalaikan atau melengah-lengahkan solat, nescaya Allah akan mengazabkan dengan 15 seksaan; 6 seksaan di dunia, 3 seksaan ketika mati, 3 seksaan ketika masuk liang kubur dan 3 seksaan ketika bertemu dengan Tuhannya di akhirat...
by CAHAYA Man JR
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya.
Saturday, January 2, 2010 by CAHAYA Man JR
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Friday, January 1, 2010 by CAHAYA Man JR
SHAH ALAM - Kenaikan harga runcit gula 20 sen sekilogram semalam, adalah ‘hadiah' tahun baru untuk rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata, di samping membebankan pengguna, kenaikan itu juga akan mencetuskan inflasi.

Menurutnya, yang akan menanggung kos kenaikan itu adalah rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, bukannya pengeluar.

“Roti putih juga dikeluarkan daripada skim barangan kawalan harga. Mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada: Mei depan dan dijangka tahun ini akan memberatkan lagi beban rakyat akibat cabaran inflasi yang semakin meningkat,” katanya kepada :Sinar Harian:.

:Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, pernah berkata, subsidi gula akan diperincikan terlebih dahulu sebelum menaikkan harganya.

“Laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Oleh itu, pengumuman (kenaikan harga gula) tergesa-gesa ini akan menjejaskan kredibiliti kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan itu membuktikan kerajaan tidak menambah subsidi gula, sebaliknya mengurangkannya.

“Kenaikan harga gula akan menaikkan harga makanan dan minuman dan ini akan menyebabkan berlakunya kenaikan berangkai,” katanya.

Menurutnya, rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga gula dan barang yang lain dengan membenarkan lebih ramai peniaga membawa masuk barang-barang ruji ini untuk membina persaingan di antara peniaga.

by CAHAYA Man JR
tuhan menciptakan makhlukNya di alam semesta ini atas dasar kehendak dan CINTANya.
matahari,rembulan dan bintang bersinar kerana CINTA.
lautan menampung segala sisa dan kotoran yang mengalir dari daratan dengan penuh rasa CINTA.
sungai mengalir kerana CINTA.
angin bertiup kerana CINTA.
pohon berbuah kerana CINTA.
bunga-bunga berkembang mekar kerana CINTA.
lebah menitiskan madu kerana CINTA.
dan hidup inipada asalnya adalah aliran CINTA.
sumbernya adalah samudera CINTA ALLAH yang meliputi semesta.
dan segala benda dalam alam raya tunduk patuh menyembah ALLAH juga atas dasar CINTA.
bukankah kesejatian penyembahan dan kepatuhan itu lahir dari kedahsyatan CINTA?
lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum CINTA??
Sunday, December 13, 2009 by CAHAYA Man JR
Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu