jangan engkau kahwini wanita ini!!
Monday, September 27, 2010 by: CAHAYA Man JRDicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
Wanita Ananah :Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah :Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."
Wanita Hananah :Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah :Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah :Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Wanita Syadaqah:Banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Post a Comment