hukum menyimpang patung aksi figura

Sunday, September 26, 2010 by: CAHAYA Man JR





dari Sdr. Yazid Marwan, 2010:

"Saya sendiri ada anak patung saya belikan untuk anak saya, namun kita diharamkan memulikakannya sama sekali kerena ini akan menyebabkan berlakunya syirik. Kelonggaran diberikan sekadar untuk anak2 bermain tapi awas jangan sampai patung tadi meningkat darjatnya menjadi suatu alat yang dimuliakan secara tak langsung, seperti menjadikan alat perhiasab,meletakkannya atas almari ,atas tv, gantung didinding dsb. 

kaedah yang terbaik adalah menghinakannya sama seperti alat permainan yang lain. simpanlah di tempat besama2 alat2 permainan yang lain..dan kalau boleh pijaklah kepalanya atau tendang seminggu sekali ke sebulan sekali ke..supaya tertutup jalan2 syaitan untuk membisik kesyirikan dalam hati kita dan supaya tauhid kita sentiasa murni. kalau anak tu dah besar buanglah ke tong sampah..untuk dilupuskan oleh majlis bandaran . Hati kita hanya wajib membesarkan Allah secara langsung atau tak langsung. Wllahua'lam"

Rujukan lain:

Tidak kira di mana sahaja, setiap masa dan tempat kita memohon supaya sentiasa di beri perlindungan dan keberkatan oleh Allah yang Maha Esa, sama ada di rumah, pejabat, kenderan dan sebagainya. Ini kerana apabila sentiasa di bawah keberkatan Allah s.w.t, kita akan sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Bagi mendapatkan keberkatan ini, Islam telah mengajar umat Islam untuk sentiasa melazimi berzikir, berdoa dan membaca al-Quran .



Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung

(Riwayat Muslim)


Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.



Pada masa kini, kita dapati banyak patung sama ada kecil ataupun besar yang di letak dan di gantung untuk tujuan perhiasan seperti di dalam rumah dan meja pejabat dan sebagainya. Pelbagai istilah dan nama yang diberikan kepada patung-patung ini, seperti bear, hello kitti, dan seumpamanya. Begitu juga tidak ketinggalan, patung-patung ini di gantung di cermin-cermin kereta sebagai perhiasan, yang beranggapan kereta lebih nampak menarik dan anggun. Tetapi sedarkah kita, jika merujuk hadis di atas, malaikat rahmat tidak akan masuk kereta, sebaliknya syaitan yang mengambil tempat malaikat tersebut. Mungkin kerana malaikat tidak masuk kenderaan, seterusnya tiada keberkatan daripada Allah s.w.t maka banyak berlaku kemalangan di jalan raya. Wallahu a’lam.

sumber:http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=57%3Amalaikat-tidak-masuk-kenderaan-yang-ada-patung&catid=2%3Atazkirah&Itemid=13

Filed under: