siapa orang yg dicintai ALLAH??

Sunday, September 12, 2010 by: CAHAYA Man JR


salam satu ummah buat saudara2ku sekalian..
apa khabar antum sekalian??
pagi ini cahaya ingin berkongsi sedikit ttg golongan2 yg d cintai olh ALLAH SWT..
marilah kita sama2 membaca dan menghayatinya..

  • Orang yang bertaqwa.Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Taubah 9:4)

  • Orang yang cepat-cepat bertaubat.Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2:222)

  • Orang yang adil.Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil." (Surah al-Mumtahanah 60:8) 

  • Orang bertawakal.Allah berfifman yang bermaksud:"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka tawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran 3:159)

  • Orang yang berbuat kebaikan.Allah berfirman yang bermaksud:"Dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah)

  • Orang yang berjuang pada jalan Allah.Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah akan mrnyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al Saff 61:4)

sekarang..marilah kita bermuhasabah diri..adakah kita trmasuk dalam golongan yang dicintai ALLAH??
jika jawapannya ya..maka bersyukurlah kalian dan jangan lalai..
jika jawapannya tidak..jalan pulang ke pangkal jalan amat luas..berubahlah sementara kita masih bernafas d bumi ini..

Filed under: