Friday, September 25, 2009 by CAHAYA Man JR
FIRMAN ALLAH SWT:

"wanita2 yg keji adalah untuk laki2 yg keji,dan laki2 yg keji adalah buat wanita2 yg keji,dan wanita yg baik adalah untuk laki2 yg baik dan laki2 yg baik adalah untuk wanita yg baik..."
[AN NUUR : 26]

by CAHAYA Man JR
hidup



sebelum

mati




kaya



sebelum

miskin




lapang


sebelum

sempit



muda


sebelum

tua




sihat


sebelum

sakit

Sunday, September 20, 2009 by Hangat Kini



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SAYA
Saturday, September 19, 2009 by CAHAYA Man JR

SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Thursday, September 17, 2009 by Hangat Kini
miror..miror in the world,who are hnsem boy?...mestilah ak kn..keh2,,.pada kali ini ak nak mengajar mcmana nak menghasilakan miror(cermin) gambar seperti rajah sebelah
1.rasenya x yah nak ajar lagi kot step mula2...klik file>new...

2.pilih gambaq yang anda nak..contoh gambar ini yang saya pilih ialah PLKN..
3.gi kat layer dan klik kanan..nanti akan ad duplicate layer..klik duplicate layer..
4.g kat edit>tranform>clip vertical..nnti layer akan terbalik dan tarik layer ke bawah

4.maka akan terhasil la mcm ini nanti..
5.perti kat area yang saya bulatkan..pilih mana yang patut untuk mengelat image dari sama dengan objek
6.dah pilih,adjust peratusnya mengikut kessesuian jagn terang sangat dan jangan gelap sangat
7.go to edit>transform>destort or lain2 untuk menarikkan lagi image..boleh besarkan image,sengetkan image dll..

8.hasilnya akan menjadi mcm ni..ha?smart?apa lagi?jom la buat..bukan gambar je,banyak lagi boleh..perkataan boleh,or papo je la..selamat mencuba!!

Wednesday, September 16, 2009 by CAHAYA Man JR
Perwakilan MIC biadab cerca Dr Mahathir akan kena tindakan

KUALA LUMPUR: Perwakilan MIC yang dikecam kerana mencadangkan supaya diletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika perhimpunan agung parti itu kelmarin, akan dikenakan tindakan disiplin.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang kecewa dan kesal dengan cadangan itu, berkata jawatankuasa disiplin MIC akan memanggil perwakilan berkenaan bagi tindakan selanjutnya diambil.

"Saya sedar kenyataan Dr Mahathir mengenai MIC telah menyinggung perasaan ramai perwakilan, MIC tetapi tidak perlu untuk mencerca beliau sampai begitu," katanya.

Namun, semalam pelbagai pihak menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan perwakilan MIC itu yang menurut mereka bersikap biadab, kurang ajar dan tidak bertamadun.

Mereka mahu MIC memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada negarawan yang banyak berjasa kepada semua kaum.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC berhubung kepimpinan parti itu, cadangan seumpama itu tidak wajar.

"Ia biadap, kurang ajar dan melampau. Jangan kita lupa peradaban, asal usul dan nilai bangsa kita. Kalau mahu dihormati, mereka juga mesti menunjukkan kepimpinan bersopan santun dan hormat menghormati seperti yang kita warisi daripada pemimpin sebelum ini,"

"Sikap saling hormat adalah antara cara untuk pemimpin mengajar generasi muda mengenai gagasan 1Malaysia," katanya.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata kenyataan perwakilan MIC itu tidak akan memberi keuntungan kepada mana-mana pihak dan jangan diulangi pada masa depan.

"Dr Mahathir adalah bekas negarawan dan berhak bercakap jika ada perkara yang tidak betul," katanya.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan saranan itu sebagai kurang ajar dan melampau terhadap pemimpin yang banyak berjasa kepada semua kaum, termasuk kaum India.

"Kalau pun tidak setuju dengan teguran Mahathir, ada kaedah lain untuk menyatakannya. Jadi, Pemuda Umno mendesak MIC mengambil tindakan disiplin kepada perwakilan itu dan gantung keahliannya serta-merta. Sikap emosi itu sangat mendukacitakan dan mahu MIC mengemukakan permohonan maaf kepada Tun Mahathir," katanya.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata setakat ini beliau tidak tahu reaksi bapanya terhadap cadangan itu kerana belum sempat bercakap mengenainya, tetapi sebagai anak, beliau kecewa, sedih, marah dan terkejut sehingga terfikir bukan hanya Melayu yang mudah lupa, sebaliknya kaum lain juga mempunyai sikap yang sama.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu enggan campur tangan dan menyerahkan kepada pimpinan MIC untuk membuat keputusan.

Ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan MIC jangan terlalu biadap dan mahu parti itu segera memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Perbandingan selipar, iaitu tempat alas kaki untuk menjatuhkan maruah amat biadap dan kurang ajar. Ia penghinaan yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, mahu individu yang mencadangkan perkara itu melihat kemampuan sendiri sebelum memberi cadangan yang disifatkannya sebagai 'bodoh.'

"Saya mahu siapa yang memberi cadangan itu mencermin diri dan lihat kemampuan sendiri dulu dan dibandingkan dengan Dr Mahathir," katanya.

Pengerusi Gerakan Selangor, Senator A Kohilan Pillay yang mengakui terkejut dengan kenyataan itu meminta semua pihak menghentikan budaya politik tidak matang.

"Mengeluarkan kenyataan yang dianggap kasar bukan cara dan budaya kita kerana ia bertentangan dengan amalan kita. Kalau tidak puas hati, kita boleh bincang," katanya.

Veteran Umno, Tan Sri Zaleha Ismail, berkata cadangan itu tidak patut dikeluarkan oleh perwakilan MIC yang seolah-olah menidakkan sumbangan Dr Mahathir kepada negara.

"Jangan cepat melenting dengan apa yang Tun (Mahathir) ucapkan kerana ia adalah nasihat dan teguran ikhlas. Saya tahu siapa Tun dan saya kenal dia kerana beliau sentiasa ikhlas dengan apa yang dicakapkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian, berkata perwakilan MIC perlu bijak mengawal emosi, selain tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung Tun Dr Mahathir.

"Saya khuatir ia akan menjadi pertembungan antara penyokong Mahathir dan Datuk Seri S Samy Vellu kerana ia boleh menjadi isu besar. Malah, saya pasti sukar untuk mengatur pertemuan kedua-dua pemimpin utama kaum Melayu dan India itu. Yang penting, kedua-duanya dapat mengawal perasaan marah," katanya.

Pakar Sejarah yang juga pemerhati politik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, mengakui kecewa dengan sikap 'liar' sesetengah pemimpin politik sejak akhir-akhir ini sehingga sanggup meminggirkan nilai murni.

"Ke mana hilangnya sifat sopan-santun. Saya lihat orang politik kita dipengaruhi budaya Amerika Syarikat yang tidak seharusnya berlaku di tempat kita," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan India Malaysia, P Mukuntha, pula mahu budaya seperti itu dihentikan segera kerana akan merosakkan hubungan antara kaum.

"Dulu MIC cakap Mahathir itu Tuhan, tetapi sekarang mereka hendak kalung selipar pula. Saya sendiri tidak faham apa yang mereka cuba buktikan dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya.

[hei thambi!!
lu banyak kurang ajo!!
sedo r lu sume asal mane??
skang nk buat kaco kat negare ak..
blah r thambi!!]
by CAHAYA Man JR
MENITI NAFAS TERAKHIR
:)

(sajak ini sy tujukan buat sahabat2 sy terutama sekali 'nur' sy yg banyak membantu sy dalam hidup ini; engkaulah 'nur'ku dlm hidup ini, walaupun ak dicampak olhmu ke lautan api; ak tetap syg 'nur')

Bermula dari hari kita berteman ; berkawan,
Terlalu banyak susah kawan pada teman,
Terlalu banyak pengorbanan teman pada kawan,
Bakti terus teman tabur
walau teman hampir tenggelam di lautan,
Teman tidak mengeluh,
Teman tidak meminta balasan,
Maafkan kawan meyusahkan teman.

Wahai teman kawan,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan menatap wajah teman,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan menghayati senyuman teman,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan mendengar suara teman,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan berbicara dengan teman,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan bercanda dengan teman,
Andai kata hari ini
kali terakhir kawan merasai nikmatnya seorang teman.

Walaupun kawan sudah tiada disisi teman,
Janganlah teman bersedih hati,
Hidup mesti teman teruskan,
Selagi roh bersatu dengan jasad,
Teruskan perjuangan teman,
Perjuangan teman; masih jauh beribu batu,
Bintang-bintang di kaki langit
menunggu kehadiran teman untuk dipetik.

Tiada harta ditangan kawan,
Hanya kalimah terima kasih menjadi mainan kawan,
Terima kasih atas kehadiran teman,
Terima kasih atas memori indah kawan berteman,
Jadi nadi buat kawan di bumi,
Temanlah teman sejati kawan.

Nukilan,
mann.usia
Saturday, September 12, 2009 by CAHAYA Man JR

Sweeping Malaysia , Ganyang Malaysia , Malingsia

Apa Kata Anda

Malingsia Di Tindas Oleh Indonsial?
(perkataan yang memang tidak sedap didengar ini, lihat saja TRAJEDI yg sedang berlaku sekarang ini..)

Entry ini di mulai dengan back up muzik Intro dari lagu Tragedy Oktober…

(bayangkan sebuah lebuh raya yang sunyi..kemudian terdengarlah bait bait suara menyanyi...)





Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

(kemudian dari jauh, muncul sebuah motosikal berkuasa tinggi…)

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

(motosikal itu semakin jelas kelihatan..)

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober..

(sekarang kelihatan seorang rockers memakai jaket kulit dan sedang menunggang motor berkuasa tinggi, oh! tak lupa juga cermin mata hitam dan di perut rockers itu ada tangan wanita yang lembut sedang memeluk dari belakang, siapa lagi jika bukan Ziana Zain, eh!, silap, Erra Fazira..!)

Arghh, tak baik pulak bulan puasa sebegini, aku suruh korang bayangkan orang buat maksiat…oh!, aku cuma teringat zaman aku masih berhingus dulu-dulu tapi tak tau sama ada aku dah sunat time tu atau belum, lagu "Tragedy Oktober" nyanyian Awie, adalah antara lagu yang popular waktu tu.., tapi jika korang nak bayangkan jugak, bayangkanlah Awie membonceng isterinya, iaitu ..eh? siapa hah?

MalingsiaHari ni aku menulis entry yang agak sensetif dan keterlaluan. Aku bukan nak cerita mengenai tragedy Oktober ataupun beberapa tragedi dalam hidup aku. Tapi apa yang penting, kerjasama! eh!~ silap, apa yang penting aku nak ceritakan ini adalah tentang TRAGEDI sekarang yang berlaku yang mana kemelut di antara rakyat indonesia atau yang kita sudah sedia maklum dinegara kita ini dengan nama jolokannya BOYAN.

Dulu kita digemparkan oleh rakyat Indonesia ini yang mana melabelkan Negara Malaysia sebagai Malingsia, yang mana Maling itu bermaksud Mencuri. Memang pada masa itu aku gelak giler sampai guling-guling walaupun Negara kita Malaysia ini sanggup mengalah dan ikut sahaja cakap Indonesia ini. Aku juga terfikir apakah Malaysia ada kepentingan yang amat besar terhadap indonesia sehingga terlalu takut dengan Indonesia? Itu aku kurang pasti sebab aku bukan orang politik. Kalau korang nak aku tahu korang Undilah aku jadi orang penting negara, Insyaallah aku agak tegakkan kebenaran untuk malaysia! Tapi inilah kenyataannya, aku ini seorang blogger biasa dan bukan juga seorang politik ! Jadi, bab-bab politik ini masih belum celik lagi secelik IT! muahahaha~

MalingsiaTidak lama selepas itu, semakin lama semakin berani Indonesia ini memperkotak-katikkan malaysia seolah-olah malaysia tidak kira dari Pemimpin yang teratas sehinggalah rakyat termasuk aku lah tu, senang diperbodohkan dan senang dipermainkan. Aku sama sekali tidak setuju jikalau warga-warga Indonesia ini berfikiran begitu. Setahu aku Negara Malaysialah negara paling bijak dan bukan senang dipermainkan. Lihat sajalah pemimpin-pemimpin malaysia mengetuai beberapa persidangan penting Asia mahupun dunia, tak perlulah sebut pasal mengetuai atau mengepalai OIC dan sebagainya. Dan aku juga 100% tidak bersetuju dengan pandangan mereka itu walaupun Malaysia sanggup mengalah dan sanggup menawarkan diri untuk merendah diri. Dan aku tahu Malaysia tidaklah sebodoh mereka yang buat kecoh tanpa menggunakan otak dan tidak mendapat apa-apa pun. Baik pemimpin-pemimpin aku ni memikirkan lagi tentang ekonomi negara. Lagi bagus! Oh~ adakah aku bercerita pasal kewangan? Maaf, pasal ekonomi negara sila refer kepada Gabenor kita Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Oke !


MalingsiaGanyang Malaysia , itulah perkataan yang sanggat popular dikalangan rakyat Indonesia dan bangga dengan pendirian mereka sehingga sanggup dan beraninya membakar bendera-bendera malaysia dengan terbuka dengan penuh bongkak dan sombong. Tambahan lagi pihak media mereka juga menyokong dengan memberi liputan meluas tentang perkara ini. Mungkin dimata mereka perbuatan yang mereka lakukan ini membawa untung kepada mereka dan melihat rakyat malaysia ini adalah CELAKA bagi mereka.

Bukannya aku tidak mahu mengambil tahu sanggat pasal benda-benda mengarut ini, tapi aku sebagai rakyat Malaysia juga sudah sedia maklum dengan apa yang mereka cuba sampaikan. Pemahaman aku ialah, Indonesia yang sememangnya sebuah negara penuh dengan KORUPSI dan anda sedia tahu Indonesia juga negara termiskin yang mana nilai duit mereka RUPIAH belipat kali ganda lebih murah daripada duit negara lain termasuklah Malaysia. Jadi dengan kobodohan dan kesombongan mereka itu, mereka tidak dapat menerimanya kerana malu meraka berada dalam keadaan begitu di mana bala bencana juga selalu menimpa mereka. Siapa yang selalu memberi bantuan kemanusian? Bantuan bekalan makanan ? Bantuan sumbangan duit? Malaysialah negara pertama yang menghulurkan semua bantuan itu tanpa mengira apa sekalipun walaupun terpaksa menganak tirikan rakyat Malaysia sendiri, walaupun masih banyak orang lagi susah di Malaysia tetapi tetap dahulukan bantuan kepada Indonesia. Tapi masih tidak bersyukur dan berterima kasih.

Aku tergelak dengan statement yang mereka bincangkan tentang malaysia di lama web berita popular mereka iaitu Detik.Com yang mana mengatakan ;


Bagi yang punya daftar perusahaan milik Malingsia harap postkan daftar2nya di sini. dan sebarkan luas KITA ANTI PRODUK MALAYSIA.
setahuku produk malaysia tu :
(produk milik malingsia.JANGAN DI PAKE) ----------> (alternatif produk dari indonesia)
1. astro TV (pake acara monopoli EPL segala ) --> Product Indonesia: Indovision
2. Petronas ( oli dan bensin ) --> Product Indonesia: Pertamina
3. Modenas ( motor ) --> Product Indonesia:
4. Proton ( mobil )
5. XL -excelcom (operator selular) --> Product Indonesia: Esia, Flexy
6. Lippo Bank --> Product Indonesia: Mandiri,
7. Bank Niaga --> Product Indonesia: Mandiri,
8. RotiBoy (makanan) --> Product Indonesia: JCO
9. Malaysian Airlines --> Product Indonesia: Lion air, Garuda, Batavia, Sriwijaya, Adam air sekarang udah lebih bagus lho, Oia merpati juga udah mulai berkibar
10. AirAsia --> Product Indonesia: Lion air, Garuda, Batavia, Sriwijaya, Adam air sekarang udah lebih bagus lho, Oia merpati juga udah mulai berkibar
11. Yeo's (Minuman Kaleng) --> Product Indonesia:
12. CIMB Group --> Product Indonesia:
13. genFM 98,7 --> Product Indonesia: RRI, Prambos, etc
14. Mamee noodle snack (makanan) --> Product Indonesia: Garudafood, indofood
15. Freshtea --> Product Indonesia: Teh Botol Sosro
16. Restoran yang berbau Malaysia (makanan) --> Product Indonesia: Pecel lele, restoran padang, etc
17. Lippo Telecom (Natrindo) --> Product Indonesia: esia, flexy
18. Sarang Burung Perisa (Minuman Kaleng) --> Product Indonesia: Sunta - minuman sarang burung.
19. Taxy DIAMOND --> Product Indonesia: Blue Bird, Express, Putra
20. GIANT (supermarket) --> Product Indonesia: Ramayana, pasar tradisional
21. Vincci (tas dan sepatu wanita) --> Product indonesia:
22. No Vacation/Travelling to Malaysia
23. Semua lagu dari jaman Isabella Amy Search ngehe' sampai Siti Nurhaliza bajakin saja semua lagunya, jangan dibeli CD nya.
24. Jangan terima bantuan dari malaysia
25. Jangan beli komputer. Semua komputer menggunakan processor buatan Malaysia.

sumber :
http://forum.detik.com/showthread.php?t=3074

Ada yang punya daftar produk malaysia lainnya??? sekalian alternatifnya milik indonesia kalo bisa.

SEMANGAT HIDUP ORANG INDONESIA TANPA PRODUK MALAYSIA.

PRODUK MALAYSIA CUIH... KELAUT AJA...

Sumber : http://forum.detik.com/showthread.php?t=3074




MalingsiaApabila aku lihat semua list-list di atas, walaupun sebenarnya masih banyak lagi diorang perkatakan aku tergelak dan tersedak-sedak (sebentar minum air kejap, hampir tercekik gelak). Lihat saja lah list no24 itu. Konon taknak bantuan daripada malaysia. Nampaknya mereka sendiri sedar selama ini bantuan semuanya datang dari negara Malaysia yang indah ini. Dan lihat pula list no25 itu, membuat aku ketawa terbahak-bahak kembali! oh~ tidak.

Terbaru tentang percubaan mereka menghalau rakyat Malaysia ataupun Sweeping Orang Malaysia yang gempar sekarang ini. Mereka sanggup menghalau dan MEMBINASA kan rakyat-rakyat Malaysia di negara Indonesia yang mana siap dengan mengecaman keras mereka untuk Melupuskan semua rakyat malaysia di sana. Dengan kata lain, mautlah padahnya rakyat Malaysia. Kesian dengan pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja yang berasal dari Malaysia semata-mata menambahkan ekonomi Indonesia dan menyumbangkan tenaga disana Di kecam begitu sekali. Apakah Malaysia masih ataupun perlu duduk diam sahaja tanpa memikirkan hak-hak dan NYAWA mereka khasnya ? Apakah Malaysia masih takut dan ikut sahaja telunjuk Indonesia? Dan Indonesia memberi jaminan rakyat Malaysia semuanya akan selamat. Tapi cuma OMONGAN kosong belaka. Malaysia ditindas , dipijak, dihina, apa lagi selepas ini?

Perlukan sendiri rakyat yang bersuara? Mana dia semangat 1Malaysia wahai rakyat-rakyat Malaysia? Apakah maksud Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan? Kalau kes ini tidak di ambil berat? Mahukah kita lihat banyak nyawa hilang atau tergadai baru kita bertindak? Itupun kalah ada rasa simpati dalam diri. Atau mungkin perkara remeh dan tidak penting nyawa mereka kerana ada lebih penting lagi nak uruskan di mahkamah, mana nak uruskan pemijak kepala lembu, nak menguruskan saksi kematian Teoh yang seluar dalamnya koyak, menguruskan masalah PKFZ, nasib baik perkara McDonald's dan McCurry dah settle, dan banyak lagilah...

Perlukah kita buat benda yang sama keatas rakyat-rakyat Indonesia ini di Malaysia? Kenapa Malaysia perlu ikut dan aku dengan spermintaan Indonesia untuk naikkan gaji SURI RUMAH indonesia? Sedangkan rakyat malaysia sendiri tergadai masa deapan tidak ada pekerjaan. Tidak hairanlah satu masa nanti anak-anak kita akan memilih RAGUT , REMPIT sebagai pekerjaan utama apabila besar kelak?

Dan sudah pasti persoalan ini selalu bermain diminda kita, tapi apa yang kita boleh buat? Nah~ Lu Fikir Lah Sendiri!

Aku dengan berani dan sukarela jikalau ada pihak yang BANGUN menentang segala ini, walaupun aku tahu bukanlah satu JIHAD, tapi kebaikan rakyat atau umat lain adalah kepentingan bersama. Tidak perlulah bercerita pasal agama, pahala semua kerana aku bukanlah ustaz yang boleh memberi atau menerangkan mazhab-mazhab! oh~


Apapun aku malas nak naik SHEIKH plak.. kang tak pasal-pasal aku tubuhkan pertubuhan GANYANG BOYAN-BOYAN nie plak! Pijak baru tahu..

Penunjuk perasaan mahu usir rakyat Malaysia


SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP


JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.

Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.

Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.

Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan



PS : ada sesaper yang nak buat aktiviti SWEEPING ORANG INDON jangan lupa invite aku.

PPS : tidak paham kebodohan sesetengah pihak (minta kerajaan hentikan rundingan pembantu asing dari indonesia), mereka tidak nampak dan tidak sedar.

PPPS : Hidup Malaysia, Malaysia Boleh ..
by CAHAYA Man JR
buat peniaga yang menyorokkan gula n barang2 keperluan perayaan yang laen..
ingatlah amaran yg d berikan olh RASULULLAH SAW kepada kalian:

"daripada ibnu omar r.a. drpd nabi muhammad saw, baginda bersabda,"orang yang menawarkan barang (dalam perniagaan) akan mendapat rezeki, manakala orang yang menyorokkan barang akan dilaknati" [HR ibnu majah]

bertaubatlah kamu wahai penyorok barang..
ya Allah berilah mereka2 ini petunjuk ke jalan yang lurus..
amin..
by CAHAYA Man JR

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut :

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui".

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

"Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman .Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s".

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

Nasihat Luqman kepada anaknya selain yang bertemu didalam Al-quran surat Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut :

1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai allah, takutlah kepada allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat)

12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya)

13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.

14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.

15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.

16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.

18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.

21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.

22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.

23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)

Friday, September 11, 2009 by CAHAYA Man JR
Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain
Khalid Samad
Thu | Sep 10, 09 | 2:07:37 pm MYT
-PENDAPAT-
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Iklan
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".
ImageKisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.
Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Khalid Samad adalah anggota Parlimen Shah Alam. _
by CAHAYA Man JR

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

by CAHAYA Man JR
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"korang tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
by Hangat Kini


Nun,di sebuah hutan belantara tumbuhlah sebatang pohon yang memiliki keunikan tersendiri dibandingkan dengan jutaan pohon yang lainnya. Ia memiliki batang yang sangat lurus dan tegak, akarnya yang kukuh, serta aroma khasnya yang harum, semerbak, memenuhi seluruh isi hutan. Sehingga tidaklah menjadi hairan, ramai sekali para pencari kayu bakar yang merasa tertarik kepada pohon itu. Bahkan ramai yang berniat baik untuk turut memelihara keindahan pohon itu. Dengan senang hati mereka membiarkan pohon tersebut tetap tumbuh.

Sering kali mereka menyempatkan diri untuk menyiraminya dengan air yang diperoleh dari lubuk bening di pinggir hutan. Semua itu mereka lakukan dengan penuh harap agar suatu saat kelak, di alam yang mulai penuh dengan kerosakkan ini, Sang Pohon Cantik akan tumbuh dengan sejuta pesona. Memberikan warna perubahan bagi siapa saja, untuk lebih mencintai lingkungan mereka dan berhenti membuat kerosakan.

Sementara bagi para penebang pohon yang liar, keberadaan pohon cantik itu sangatlah mengganggu. Mereka sedar, apabila pohon tersebut tumbuh dengan baik, maka akan banyak perhatian yang akan tertuju kepada hutan itu. Perhatian yang tentu saja membuat langkah mereka semakin sulit dalam membuat kerosakan di dalam hutan itu. Para penebang pohon yang liar itu berikrar, mereka akan memindahkan pohon cantik itu ke halaman rumah-rumah mereka. Tetapi kalau tujuan itu tidak tercapai, maka mematikan pohon itu adalah cara terbaik yang harus mereka tempuh.

Beruntung, pohon cantik tersebut mendapat penjagaan yang sangat rapi dari para pencari kayu bakar yang baik hati. Mereka secara bergiliran mengiring berjalan dengan sangat waspada agar pertumbuhan Sang Pohon terjaga . Selain itu, pohon tersebut rupanya memiliki akar yang dapat menumbuh dengan cepat. Sehingga sari-sari makanan yang ada dalam tanah dapat diserap dengan baik. Demikian juga dengan air yang ada, dapat digunakan oleh Sang Pohon untuk menampung kehidupannya.

Dipendekkan cerita,pohon tersebut telah tumbuh besar, daunnya yang rimbun menghijau membuat mata tak lelah untuk memandang, dari dahan-dahannya lahir wangian semerbak harum yang menyeliputi seluruh hutan, dan satu lagi, pohon cantik tersebut memiliki buah yang sangat manis. Selain dapat menghilangkan dahaga, juga dapat mengenyangkan para penikmatnya. Terasalah berkah Sang Pencipta bagi para pencari kayu bakar, meskipun para penebang pohon yang liar masih saja mencari helah untuk selalu menghapuskan pohon itu.


Namun, demikianlah kudrat keberadaan setiap makhluk yang hidup dan tumbuh di atas muka bumi ini, tak satupun yang abadi! Tak terkecuali dengan keadaan pohon cantik yang disanjung para pencari kayu bakar dan seluruh penghuni hutan. Pada suatu petang, ketika langit mulai gelap, angin pun kencang berhembus. Pucuk pohon cantik bergoyang dengan hebatnya. Ia sekuat tenaga mengimbangi keadaan yang mana pada bila-bila masa boleh menumbangkannya. Sang Pucuk terus bergerak, awalnya hanya berniat untuk mempertahankan diri dari keadaan alam yang ia hadapi.

Tetapi lama-kelamaan ia sedar, bahwa sebenarnya ia dapat mengatasi sepenuhnya serangan angin tersebut. Ia yakin benar telah ditampung oleh akar yang kuat, dan dahan-dahan yang kukuh, serta dedaunan yang dapat menahan laju dan kencangnya angin dengan sempurna. Kerana keyakinannya itulah tiba-tiba ia membuat sebuah gerakan yang tidak disangka-sangka oleh Sang Akar, yang sekuat tenaga mencengkam tanah.

Sang Pucuk menari, bukan hanya mengikut arah angin, namun terkadang ia membuat gerakan yang membingungkan Sang Akar dalam mempertahankan keseimbangannya. Dan, Sang Akar pun mengeluarkan bantahannya; "Hai, pucuk. Berhentilah menari! Aku bingung melihatmu!" "Kenapa mesti bingung, Akar? Aku tahu benar situasi yang ada. Ikut sajalah!" "Bagaimana aku hendak mengikuti tarianmu, kalau kamu susah diikuti" "Percayalah, akar. Aku diatas mampu melihat semuanya. Bukan hanya batang, daun, dan kau akarku sendiri. Tetapi jarak puluhan batu di sekeliling kita pun dapat aku lihat dengan jelas" "Hai, apa salahnya aku mengingatkanmu, pucuk?" "Kau salah akar, harusnya kau ikut saja apa kataku. Kerana posisimu di bawah, dan kau tidak tahu apa-apa tentang dunia ini!"

"Aduhai…angkuh nian kau, pucuk! Kalaulah tak ada aku, mana mungkin kau dapat berdiri dan berada di atas sana!" "Sudahlah, kenapa kalian malah bertengkar, hah?!" Sang Daun menegahi suasana yang semakin panas. "Kerana dia mulai merasa angkuh, daun!" akar mengarahkan serabut akarnya kepada Sang Pucuk. "Apa urusanmu, akar?! Ikuti sajalah kataku, dan kau akan selamat" "Apakah kalian lupa, hah? Kalian itu saling memerlukan! Tidak akan ada kehidupan kalau tidak aku, kau, dan si akar itu. Sedarlah, saudaraku! kawanku!" Sang Daun kembali berkata-kata dengan perasaan yang sedih kerana pertelingkahan saudaranya sendiri.

Perdebatan demi perdebatan terus bergulir di antara keduanya. Sang Pucuk tidak merasa harus mengalah sedikit pun terhadap Sang Akar. Ia merasa bahawa ialah segalanya, dialah ketua kerana berada di tempat yang paling atas. Ia merasa ditakdirkan Tuhan untuk berada di atas dengan segala penglihatannya yang luas akan dunia ini. Ia merasa Tuhan telah memberikan kekuasaan mutlak kepadanya untuk berbuat sesuka hati. Sementara, Sang Akar merasa kecewa, Sang Pucuk telah mengambil langkah yang keliru dalam melaksanakan upaya menjaga kelangsungan hidup seluruh bagian pohon tersebut. Dan, Sang Daun yang berusaha meleraikan perdebatan itu pun tak berdaya menenangkan keduanya, meski ia tak pernah merasa lelah untuk mendamaikan perseteruan dua saudara satu tubuh itu.

Waktu yang digariskan mungkin saja telah tiba, kerana perdebatan yang berlarutan itu, Sang Akar bermalas-malasan untuk menyerap air dan zat-zat yang dibutuhkannya. Demikian juga Sang Daun, kerana kelelahan melerai perdebatan kedua saudaranya, ia lupa untuk mengolah makanan meskipun matahari terus bersinar sepanjang hari. Dan, Sang Pucuk rupanya semakin terlena. Ia tidak menyadari dua saudara dibawahnya sudah mengalami gangguan. Ia tetap berlenggok mengikuti arah angin dengan irama yang menghiburkan hatinya. Hingga tibalah saat di mana angin justeru berhembus dengan sangat perlahan.

Sang Pucuk terlena kerana desirnya, ia merasa ngantuk dan ia biarkan gerakannya yang tidak beraturan, dan ia pun mulai terpejam. Terlelap dalam tidur yang tidak disedarinya, dan angin datang menyerang. Tubuhnya terkulai. Sang Daun yang lapar tidak berdaya menahan tubuh Sang Pucuk yang datang tiba-tiba. Ia ikut terjatuh. Sementara di bawah, Sang Akar yang bermalas-malasan tidak lagi memiliki cengkaman yang kuat terhadap tanah di sekelilingnya. Sang Akar tidak berkuasa menahan tubuh kedua saudaranya yang terjatuh lebih dulu. Ia tercabut, bercerai-berai.

Beginilah akhirnya kisah pohon cantik,sebuah cerita yang menyedihkan.Para pencari kayu bakar yang baik hati bermuram durja, sementara para penebang liar bergelak tawa, "Tak perlu kita robohkan, kawan. Mereka roboh sendiri kerana permusuhan…!! " "O, bahkan tak perlu angin yang kencang rupanya…….kasihan betul….." demikianlah kata penebang pohon yang liar.

Dari sini saudara-saudaraku dapatkah kita mengambil sedikit iktibar dari cerita ini? Marilah kita jauhi permusuhan yang meleraikan silaturrahim antara kita, janganlah berdendam kerana dendam itu tidak membawa kedamaian.. saling hormat menghormati dan bersatu padulah kita agar syiar Islam dapat diteruskan dan digemilangkan.. dan agar kita tetap menjadi orang yang beriman.. InsyaAllah..

'Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya.'

Saturday, September 5, 2009 by CAHAYA Man JR

Salam Imtihan buat semua, dari bumi Musa hinggalah ke bumi Malaysia, semua yang bergelar siswa pasti amat sibuk melayani kepeningan otak lantaran exam.

" Rabbuna Naggahko Gamiaan" amin ya Rabb.

Hamba pun begitu jua, pening dengan banyaknya subjek membuatkan hati memberontak mau berehat, kononnya ambil tenang sementara sibuk yang dibuat-buat padahal hampas saja yang bertandang.

5 minit membaca terasa 5 jam, sibuk menyibuk kepala hotak "syaghal" membaca katanya. Padahal hati kecil puas berhujah menentang akal yang menipu diri sendiri. Kata akal "letih la baca banyak sangat kenalah rehat juga".

Lidah dan bibir seiring pantas tertawa kecil terhadap hujah dangkal akal.

Namun jari jemari tetap membenarkan hujah akal lalu ia bergerak lagi mencapai "tetikus" dan "papan kekunci" melayari internet lagi.

Lalu terbacalah lagi kisah babi yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Abduh akan pengalamannya ketika mengunjungi Perancis, negara Si Napoleon yang pernah menjengahkan meriamnya mengadap masjid Empat Mazhab lalu membedilnya. Pelurunya dimuntahkan dari atas kota Solahuddin Al Ayyubi meluru laju singgah "lembut" di dinding masjid. Bagai tiada kesan langsung , hanya serpih kecil yang sukar dipandang mata.



"Comelnya babi" 2 ekor jantan 1 ekor betina - budaya meneutralkan babi

Kembali membawa anda ke Perancis, ketika Syeikh disoal audien penggemar babi, mengapakah Islam perlu lagi mengharamkan babi sedangkan babi sudah bebas dari bakteria dan cacing pita yang berbahaya . Babi bukan lagi seperti nenek moyang babi dahulu kala, sekarang bangsa babi sudah moden lagi maju, bukan lagi tinggal di hutan malah sudah memiliki ladang ternak yang bersih dan efisyen.

Lalu penggemar dan pembela babi pun duduk puas menanggapi Syeikh tentu kehabisan hujah, kerana ramai yang berhujah sebelum itu babi menjadi haram dek kerana banyak bahaya dan kuman, sekarang babi sudah bebas dari tuduhan itu.

Syeikh tersenyum tenang, seraya Syeikh yang alim berkata, ku pohon kalian sediakan 2 ekor ayam jantan bersama seekor betinanya, datangkan juga 2 ekor babi jantan dan seekor betinanya.

Audien kepelikan lantas bertanya, kenapa?.

"Datangkan saja". Pintas Syeikh.

lalu dijelmakan apa yang dipinta oleh Syeikh, dilepaskan 2 ayam jantan bersama betinanya maka bertarunglah kedua-dua jantan merebut sang betina yang cantik sehingga terpaksa jaksa pendamai mendamaikan dua jantan yang kuat bertarung, yang pertama ingin merebut sang betina namun dihalang tegas oleh jantan kedua yang gagah mempertahan hak dan maruahnya selaku "Ayam Bapak" yang termasyhur sekalian alam.

Selesai, dilepaskan pulak 2 babi jantan bersama betinanya, pelik sekali ya! kedua-dua jantannya tanpa rasa cemburu membiarkan malah membantu satu sama lain mengerjakan sang betina. Babi jantan yang berpasangan itu langsung tidak cemburu hingga tiada sengketa untuk mempertahan Sang betinanya dari diragut samada rela atau paksa oleh rakan sebabinya.

Waduh! langsung tiada bantahan dan tunjuk perasaan berbanding ayam jantan tadi.

Selesai sandiwara babi yang dayus dan tiada cemburu itu.

Masing-masing penonton terpinga menanti apa yang akan keluar dari mulut syeikh yang alim menyimpulkan kejadian yang memelikkan itu.

lalu Syeikh bersuara tenang namun penuh yakin.

Apakah kalian tahu dan sedar, sikap babi itulah yang melanda dan menjangkiti masyarakat kalian, bapa-bapa kalian tidak lagi merasa cemburu langsung apabila anak gadisnya diusung merata oleh sang jejaka.

Malah suami - suami kalian langsung tidak cemburu melihat isterinya berhubungan intim dengan lelaki lain.

Sumbang mahram memasyarakat, isteri mengundang jantan lain ke bilik tidur ketika ketiadaan suami, suami curang bermain kayu tiga.

Cemburu adalah fitrah insani. Hilang rasa cemburu yang positif mengundang kemusnahan jiwa , lalu binasalah "dada" dan "kepala".

lantaran itu institusi kekeluargaan kalian hancur, banyak perceraian lantaran tiada sikap cemburu yang dicampakkan Allah ke dalam setiap jiwa insan melatari tabiat manusiawinya. Bukankah itu adalah fitrah yang perlu sebagai perisai mengelak sikap dayus lelaki dan kecurangan si isteri.

Sikap cemburu terlalu penting kepada manusia tetapi tidak pada babi bukan?

tetapi itulah hakikatnya apa yang diwarisi kalian akibat gemar memakan Sang babi dan suku sakatnya yang terdiri dari "Babi Hutan" dan "Babi Merah". (ketawa)

Oleh itu wahai sekalian manusia, yakinlah dan bertaqwalah kepada Allah dengan meninggalkan larangannya.

"Jauhilah dari menggemari babi, snda pasti bebas dari sifat buruknya"

Pesanan ikhlas dari "Pejuang Kecil" yang tidak suka kepada apa jua yang berkaitan dengan babi.

Pesanan : harap maaf, kisah ini digarap kembali dengan ayat-ayat santai dan berjenaka.





by CAHAYA Man JR
AMALAN2 BULAN RAMADAN INI..

1. BAWA AL-QURAN KEMANA-MANA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


2. BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


3. MEMAAFKAN SAUDARA KITA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


4. BERTAHJUD PD MALAM HARI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT BERAMAL..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
by CAHAYA Man JR
mari kita gunakan peluang yg diberikan olh ALLAH SWT dgn sebaik-baik mungkin..
andai kata ini ramadhan terakhir yg kita tempuhi..
maksimakan amalan kita..
selamat beramal..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini