LAMbaiaN SEMAngat

Thursday, August 21, 2008 by: CAHAYA Man JR

Aspirasi berlari

Mengutip pengalaman

Tinggal aku keseorangan

Dalam kepanasan

Dalam kesejukan

Terkapai-kapai dalam lautan rindu

Mengharungi hempasan ikal

Mencanai fikiranku.

 

Cuba aku selak hikmah

Di celah pedih

Dugaan Illahi

Merungkai takdir diri ini

Ungkapan menyepi

Seribu persoalan

 

Titik noktah mahu aku akhiri

            Seruan Izrail

            Ditunggu penuh tenang

            Lelap mata buat selamanya…


NUKILAN,

mann.usia

Filed under: