aurat wanita

Monday, August 2, 2010 by: CAHAYA Man JR


assalamualaikum dan salam satu ummah..
ahlan wa sahlan ke blog semarakillahi..
saudara2 sekalian..
semalam sy bru pulang dr muar setelah 2 hari bercuti..
naik bus kol 2.30 then sampai uia pj jam 6.10 ptg..
Alhamdulillah..
Apa yg saya nak sentuh sepanjang perjalanan saya dr muar ke uia ialah soal aurat..
Boleh dikatakn susah untuk melihat wanita muslimah yg menutup aurat d sepanjang perjalanan sy..

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berbicara mengenai  AURAT WANITA MENGIKUT SYARAK..

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan dua telapak tangannya. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Janganlah mereka menampakkan perhiasannya bermaksud janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. Kecuali yang (biasa) nampak darinya bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Jadi sahabat2 sekalian..
Masih sempat utk kita semua kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepada-NYA..
Marilah kita sama2 berubah kepada yang lebih baik..
Semoga kita semua mendapat keberkatan-NYA..
Wallahualam..

Filed under: