Saturday, June 5, 2010 by CAHAYA Man JR




Catatan Abu Saif : “Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka.

Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain. Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain. Aku pula. Aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata. Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu. Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?


“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.



Artikel ini ana petik dari Group Facebook Jemaah Usrah Anak Muda
Friday, June 4, 2010 by CAHAYA Man JR




K . P . I . J

Kesatuan Pelajar Islam Johor atau lebih dikenali sebagai KPIJ telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Allahyarham Ustaz Abdul Manan dan sahabat-sahabatnya di Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Ia kemudian telah didaftarkan secara sah pada 28 Julai 1958 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka dengan No. Pendaftaran di Pejabat Pendaftar Penubuhan ialah 867 Melaka. KPIJ atau nama asalnya (ketika didaftarkan) Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor telah mencatit sejarahnya tersendiri sebagai sebuah pertubuhan Islam rasmi pertama di Malaysia yang menghimpunkan kekuatan pelajar Islam. KPIJ diasaskan oleh kumpulan pengajar dan pelajar Melayu/Islam dari sekolah-sekolah agama di daerah Muar. Usaha ini diketuai oleh Ayahanda Allahyarham Ustaz Abd. Manan.
Thursday, June 3, 2010 by CAHAYA Man JR
assalamualaikum..
alhamdulillah..saya sekarang berada d cfs iium utk menyambung pelajaran..maaf semua..lame tak update blog ni..sekarang ni agak sibuk sedikit..hari isnin (7-6-2010) saya akan start kuliyah..jadi masa utk update terpakse d kurangkan..huhu..sedih nyer..

last week saya join group KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)..baru first gathering..best gak r..anak2 johor ramai gak yg mai join..lepas ni nak masuk aktiviti yg d anjurkan pula..tgk mcm best jerr aktiviti yg dirancangkan utk tahun ni..

budak bilik pown gerek2..sebilik 4 org..siap ade bg compartment lg..so best r..3 bijik bdk johor n lg sekeping bdk pahang..so..agak best r..siap jmpe sahabat dr smka bandar penawar lg..

nk cerita pnjg sgt lerr..so kalo nak taw lebih lagi..usha2 la saya kat cfs iium pj 2..lg specifik..kat mahallah umar al khatab 1..bilik 2**..haha..

nah..korg enjoy r lagu cfs nie..best r..nak2 bahagian chorus..


WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH..

GUIDED BY QURAN AND SUNNAH..

FOUNDATION CENTRE OF IIUM..

THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE..


korg layan sendiri lah yer keseluruhan lagu nie..




*p/s-kpd sesape nak join iium..yok r..best kat c nie..mai3!!