Friday, June 27, 2008
by CAHAYA Man JR
Tidak sepatutnya kita berbabil,
Tidak seharusnya kita berpisah,
Kerana diriku masih memerlukan dirimu.
Begitu bebal diriku,
Menahan berat jutaan rindu,
Menahan prinsip egoku.
Maafkan sikapku,
Lupakan salahku,
Maksudku bukan menghiris hatimu.
Takkan kubiarkan hujan gugur bercucuran,
Takkan kubiarkan bulan tunduk diam,
Terluka perasaan; hamburan perkataan pedihku.
Rasa cemburu mengairi lautan fikiranku,
Bila kau tiada disampingku,
Bak malam tanpa bintang.
Aku mengerti tugasmu,
Kelopak janji kutaburkan,
Senantiasa mempercayai dirimu.
Nukilan,
Mann.usia
Tidak seharusnya kita berpisah,
Kerana diriku masih memerlukan dirimu.
Begitu bebal diriku,
Menahan berat jutaan rindu,
Menahan prinsip egoku.
Maafkan sikapku,
Lupakan salahku,
Maksudku bukan menghiris hatimu.
Takkan kubiarkan hujan gugur bercucuran,
Takkan kubiarkan bulan tunduk diam,
Terluka perasaan; hamburan perkataan pedihku.
Rasa cemburu mengairi lautan fikiranku,
Bila kau tiada disampingku,
Bak malam tanpa bintang.
Aku mengerti tugasmu,
Kelopak janji kutaburkan,
Senantiasa mempercayai dirimu.
Nukilan,
Mann.usia
Wednesday, June 25, 2008
by CAHAYA Man JR
Segar dalam memori
Senyuman pertama
Kau lemparkan
Terukir ikhlas
Di sudut hati
Cawan kesejukan
Digengam erat
Menadah embun-embun cinta
Menitis di dinding hati
Tautan kasih tak lama
Kala singkat berpisah akhirnya
Mahligai air mata
Penonton perpisahan
Beduk tidak berbunyi
Warta tidak berkata
Berita tidak bersiar
Lagu tidak berirama
Derita semakin parah
Bisu aku seketika
Linangan air mata
Pembasuh luka
Gurisan sembilu..
Nukilan,
Mann.usia
Senyuman pertama
Kau lemparkan
Terukir ikhlas
Di sudut hati
Cawan kesejukan
Digengam erat
Menadah embun-embun cinta
Menitis di dinding hati
Tautan kasih tak lama
Kala singkat berpisah akhirnya
Mahligai air mata
Penonton perpisahan
Beduk tidak berbunyi
Warta tidak berkata
Berita tidak bersiar
Lagu tidak berirama
Derita semakin parah
Bisu aku seketika
Linangan air mata
Pembasuh luka
Gurisan sembilu..
Nukilan,
Mann.usia