Bila duka bila tawa smoga hati kembali pada Nya
Waktu yang berlari takkan pernah bisa kembali lagi
Bila perih bila sedih air mata bukan segalanya
Hanya hamba Allah yang slalu berserah
Hanya hamba Allah yang slalu berpasrah
Karna segalanya tergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
Detik waktu kan berlalu
Suka dukakan berlalu
Tiadalah semua abadi
Tangis tawa airmata
Semuakan berlalu dan pergi
Hanya hamba Allah yang slalu berserah
Hanya hamba Allah yang slalu berpasrah
Karna segalanya tergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya pada Allah jiwakan berpasrah
Karna segalanya tergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
ayat ini.pula .
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)
`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam
mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.
Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.
Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.
Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
- NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'
Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.
Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.
Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.
Diambil dari presentesai materi Akhir Zaman karya Ustadz Ihsan Tanjung
penggunaan dakwat pada kuku menjelang PRU12
Al Jazeera : Why did you cancel the ink usage in the upcoming general
election?
Zam Maidin : We...We..We... are not Burma, we are not Myanmar....we are
not vietnam..they are democratic country...we are not
democratic....opps..we are also democratic but..but..but..
Al Jazeera : Why don't you allowed the ink then?
Zam Maidin : We..We are allowing ink..but..but..but....the people...errr...
'seludup' the ink from India to Malaysia..You know in our nagara cannot
seludup-seludup one. You know seludup-seludup is illegal....
Al Jazeera : Why don't the police arrest the smuggler?
Zam Maidin : We try to arrest..but the police compromised...you..you..Al
Jazeera...
Al Jazeera : Many thanks sir!!
Zam Maidin : You...you Al Jazeera..why you talk to someone from the
opposition party. Why don't you ask the government..you know our PM is Mr
Clean ...he don't want to dirty-dirty his nail with ink one... you..you are
trying to project us undemocratic..We..we are not Burma..we are not
Myanmar....bla..bla...
MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT
- Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
- Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
- Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
- Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
Keistimewaan SMKA
- Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
- Banyak peluang melanjutkan pelajaran
- Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
- Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
- Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
Senarai Sekolah Kebangsaan Agama
PERLIS
SMKA Arau
SMKA (P) Kangar
KEDAH
SMKA Kedah
SMKA Baling
SMKA Sik
SMKA Yan
PULAU PINANG
SMKA (L) Al-Mashoor
SMKA (P) Al-Mashoor
SMKA Nibong Tebal
SMKA Al-Irsyad
KUALA LUMPUR
SMKA Kuala Lumpur
NEGERI SEMBILAN
SMKA Sheikh Haji Mohd Said
SMKA Pedas
PERAK
SMKA Sultan Azlan Shah
SMKA Slim River
SMKA Kerian
SELANGOR
SMKA Simpang Lima
SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah
MELAKA
SMKA Sharifah Rodziah
SMKA Sultan Muhammad
JOHOR
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Johor Bahru
SMKA Bandar Penawar
PAHANG
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
SMKA Pahang
TERENGGANU
SMKA Sheikh Abdul Malik
SMKA Tok Jiring
SMKA Wataniah
SMKA Durian Guling
SMKA Kuala Abang
SMKA Nurul Ittifaq
KELANTAN
SMKA Naim Lil Banat
SMKA Falahiah
SMKA Wataniah
SMKA Melor
SMKA Tangok
SMKA Lati
SABAH
SMKA Tun Sakaran
SMKA Sandakan
SMKA Muhamad Ali Ranau
SMKA Inanam
SMKA Limauan
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Tun Datu Mustapha
SMKA Tun Said
SARAWAK
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Matang
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Tun Ahmad Zaidi
SMKA Limbang
SMKA Igan
SMKA Seri Aman
| UPSR | |
| Ujian Bertulis | 8 - 10 September 2009 |
| PMR | |
| Ujian Bertulis | 7 - 9 Oktober 2009 |
| 12-13 Oktober 2009 | |
| SPM | |
| Amali | 20 - 22 Oktober 2009 |
| 26 - 27 Oktober 2009 | |
| Ujian Bertulis | 19 November - 16 Disember 2009 |
| STAM | |
| Ujian Lisan | 13 - 24 Julai 2009 |
| Ujian Bertulis | 19 - 21 Oktober 2009 |
| SPM (ULANGAN) | |
| 23 - 24 Jun 2009 | |
Hukuman Rotan Di Sekolah Dikuatkuasakan Kembali
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau memberitahu Dewan Negara di sini Isnin bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.
"Ia termasuk (soal mengenai) siapa yang boleh diberikan kuasa merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu, bila hukuman akan dijalankan," tambahnya.
Katanya mesyuarat itu turut memutuskan untuk melantik warden tetap di asrama dimana tugas utama mereka ialah menjaga disiplin pelajar.
Wee berkata pada ketika ini, warden asrama dilantik di kalangan guru sekolah dengan pemberian elaun khas RM250 sebulan untuk melaksanakan tugas itu.
Bagaimanapun menurutnya dengan kewujudan jawatan warden tetap, warden asrama itu akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau serta mengawal disiplin pelajar terutama di asrama.
"Warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi, dan mereka bertugas 24 jam di asrama sekolah.
"Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Perbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelum merdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:
- Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin (rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orangorang kaya.
- Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah menebal.
- Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan. Betapalah orang biasa.
- Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyorok- nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.
- Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani. Sekarang orang tidak peduli.
- Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung. Kini ia jarang berlaku lagi.
- Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.
- Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebihlebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.
- Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sesetengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.
- Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.
- Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung, sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri atau menceroboh.
- Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.
- Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.
- Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak ada lagi.
- Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.
- Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, Kalau anak saya ini nakal, rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang.
- Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.
- Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.
- Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya.
- Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.
- Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain, contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.
- Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.
- Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan. Betapa pula setelah bertunang.
Alkisah, di sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas di tempat singa itu.
Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia berasa sedih dan hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Maka terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.
Si ibu kambing menghampiri anak singa itu, lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan dan kasih saying begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing . Ia pun terus mengikut ke mana saja ibu kambing pergi .Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.
Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing. Ia menyusu, makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing. Tiada apa-apa perbezaan dengan kambing-kambing lain dengan diri singa itu. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor singa.
Pada suatu hari maka berlakulah tragedi terbesar dimana seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan. ’Kau singa! Cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum sahaja,pasti serigala itu berasa ketakutan!’ Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.
Tapi anak singa yang sejak kecil hidup ditengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berselindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik sama seperti kambing lain. Bukannya mengaum.
Anak singa itu tidak dapat berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara sesusu dengannya,diterkam dan dibawa lari oleh serigala buas itu.
Ibu kambing amat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala Ialu ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan penuh marah.
‘Sepatutnya kau boleh membela kami! Kau boleh melindungi kami! Seharusnya kau boleh menyelamatkan saudara kau itu! Seharusnya kau boleh menghalau serigala yang jahat itu!’
Anak singa itu menunduk. Ia tidak faham dengan maksud kata-kata ibu kambing. Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagai mana kambing-kambing yang lain. Anak singa itu pun sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa terutamanya menyelamatkan saudaranya itu.
Hari berikutnya serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala. Dengan nekad ia mengejar dan menyerang serigala itu. Serigala terkejut bukan kepalang apabila melihat ada seekor singa dihadapannya. Lalu dilepaskan cengkamannya.
Serigala itu gementar ketakutan.Ia pun pasrah.Ia berasa hayatnya bakal tamat.
Dalam keadaan terlalu marah itu anak singa pun berteriak keras. ’Embik!’ lalu ia berundur mendapatkan ruang untuk menyeraduk lagi.
Melihatkan tingkah laku anak singa itu,serigala yang ganas dan licik itupun tahu bahawa yang ada dihadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing.
Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia mengeram marah dan sekali lagi bersedia untuk singa bermenteliti kambing itu.
Ketika anak singa itu menerajang dengan menyeradukkan kepalanya sebagaimana kambing,sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit berkelik,serigala itu pun berjaya mencalarkan muka anak singa itu dengan cakarnya.
Anak singa pun terus rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa adalah raja hutan?
Serigala pun terus menyerang anak singa yang sedang mengaduh kesakitan. Serigala itu juga bersedia untuk menamatkan nyawa anak singa itu. Pada masa kritikal begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat tenaga ia menerjang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun.
Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang amat dahsyat. Semua kambing pun ketakutan. Anak singa itu juga turut takut. Sementara sang serigala pula cabut lari.
Ketika sang singa dewasa hendak menerkam kambing itu, ia merasa terkejut kerana di tengah-tengah kumpulan kambing itu ada seekor anak singa.
Beberapa ekor kambing lari bertempiaran. Anak singa itu pun turut lari. Singa dewasa itu pun hairan. Ia hairan kenapa anak singa itu turut lari mengikut kambing yang banyak itu? Dia pun mengejar anak singa itu.
‘Wahai anak singa! Jangan kau lari. Kau bukan kambing kan? Aku tak akan menerkam anak singa!’
Namun anak singa it uterus lari. Singa dewasa pula terus mengejar. Ia tidak jadi mengejar kambing sebaliknya mengejar anak singa. Akhirnya anak singa itu pun tertangkap. Anak singa itu kelihatan ketakutan sekali.
‘Jangan bunuh aku. Ampun!’
‘Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa.’
Dengan meronta-ronta, anak singa itu berkata, ‘Tidak, aku adalah anak kambing. Tolong lepaskan aku.’
Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti kambing. Dengam geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.
Sebaik sahaja sampai di danau yang jernih airnya, ia meminta anak singa itu melihat bayangan dirinya sendiri. Lalu bandingkan dengan singa dewasa.
Sebaik sahaja melihat baying dirinya, anak singa itu pun terkejut yang teramat.
‘Oh, rupa dan bentukku sama dengan engkau. Sama dengan singa.’
‘Ya, kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!’ tegas singa dewasa itu.
‘Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?’
‘Ya, kau adalah singa. Raja hutan yang yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kau bagaimana menjadi seekor raja hutan,’ kata sang singa dewasa.
Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh berwibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.
Anak singa itu berteriak kemenangan.
‘Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!’
Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarnya.
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan.
Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari Tuhan.
