Saturday, July 19, 2008 by Anonymous

Senyummu

Singgah di lautan fikiranku

Tawamu

Hinggap di cuping telingaku

Sedang aku duduk

Beralaskan bumi

Beratapkan pohon tamar

 

Bertemankan

Lambaian angin

Kelayuan dek kepenatan

Bertemankan

Sinaran ikhlas purnama

Samar dalam pekat dinihari

 

Ceruk dunia

Aku jejaki

Dalam langkah longlai

Mengutip batu pengalaman

Mencari

Ketenangan jiwa

Memahami

Erti kehidupan

Berbekalkan cebisan doa

Berbekalkan mahligai air mata

 

                                                                                                                        Nukilan,

                                                                                                                        Mann.usia

Friday, June 27, 2008 by CAHAYA Man JR
Tidak sepatutnya kita berbabil,
Tidak seharusnya kita berpisah,
Kerana diriku masih memerlukan dirimu.

Begitu bebal diriku,
Menahan berat jutaan rindu,
Menahan prinsip egoku.

Maafkan sikapku,
Lupakan salahku,
Maksudku bukan menghiris hatimu.

Takkan kubiarkan hujan gugur bercucuran,
Takkan kubiarkan bulan tunduk diam,
Terluka perasaan; hamburan perkataan pedihku.

Rasa cemburu mengairi lautan fikiranku,
Bila kau tiada disampingku,
Bak malam tanpa bintang.

Aku mengerti tugasmu,
Kelopak janji kutaburkan,
Senantiasa mempercayai dirimu.

Nukilan,
Mann.usia
Wednesday, June 25, 2008 by CAHAYA Man JR
Segar dalam memori
Senyuman pertama
Kau lemparkan
Terukir ikhlas
Di sudut hati

Cawan kesejukan
Digengam erat
Menadah embun-embun cinta
Menitis di dinding hati

Tautan kasih tak lama
Kala singkat berpisah akhirnya
Mahligai air mata
Penonton perpisahan

Beduk tidak berbunyi
Warta tidak berkata
Berita tidak bersiar
Lagu tidak berirama

Derita semakin parah
Bisu aku seketika
Linangan air mata
Pembasuh luka
Gurisan sembilu..

Nukilan,
Mann.usia