Sunday, December 26, 2010 by CAHAYA Man JR


Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tuesday, October 12, 2010 by CAHAYA Man JR


Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempatasalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripadatempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelvis
9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujuddan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
by CAHAYA Man JR

gambar sekadar hiasan


Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang. Tidak ada sedikitpun kelembutan pada diri mereka. Hati mereka keras bagaikan karang. Kaku tabiat, baik ketika memberi maupun menerima. Kurang peka perasaan, lagi tipis peri kemanusiannya. Berbeda halnya dengan orang yang dikaruniai Alloh Ta’ala hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Dialah yang layak disebut pemilik hati yang agung penuh cinta. Hati yang diliputi dengan kasih sayang dan digerakkan oleh perasaan yang halus.
Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu ia berkata, yang artinya: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR: Al-Bukhari)
Kasih sayang tersebut tidak hanya terkhusus bagi kerabat beliau saja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘UmeisRadhiallaahu anha –istri Ja’far bin Abi Thalib- menuturkan, yang artinya:“Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menetes air mata beliau. Aku bertanya: “Wahai Rasululloh, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” beliau menjawab: “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kamipun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata: “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, karena telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.” (HR: Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes menangisi gugurnya para syuhada’ tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah Radhiallaahu anhu bertanya: “Wahai Rasululloh, Anda menangis?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalammenjawab: “Ini adalah rasa kasih sayang yang Alloh Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR: Al-Bukhari)
Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes disebabkan kematian putra beliau bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallaahu anhu bertanya kepada beliau: “Apakah Anda juga menangis wahai Rasulullah?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan tetesan air mata. Sesungguhnya air mata ini menetes, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR: Al-Bukhari)
Akhlak Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam yang begitu agung memotivasi kita untuk meneladaninya dan menapaki jejak langkah beliau. Pada zaman sekarang ini, curahan kasih sayang terhadap anak-anak serta menempatkan mereka pada kedudukan yang semestinya sangat langka kita temukan. Padahal mereka adalah calon pemimpin keluarga esok hari, mereka adalah cikal bakal tokoh masa depan dan cahaya fajar yang dinanti-nanti. Kejahilan dan keangkuhan, dangkalnya pemikiran serta sempitnya pandangan menyebabkan hilangnya kunci pembuka hati terhadap para bocah dan anak-anak. Sementara Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam, kunci pembuka hati itu ada di tangan dan lisan beliau. Cobalah lihat, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa membuat anak-anak senang kepada beliau, mereka menghormati dan memuliakan beliau. Hal itu tidaklah mengherankan, karena beliau menempatkan mereka pada kedudukan yang tinggi.
Setiap kali Anas bin Malik melewati sekumpulan anak-anak, ia pasti mengucapkan salam kepada mereka. Beliau berkata, yang artinya: “Demikianlah yang dilakukan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam .” (Muttafaq ‘alaih)
Meskipun anak-anak biasa merengek dan mengeluh serta banyak tingkah, namun Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam tidaklah marah, memukul, membentak dan menghardik mereka. Beliau tetap berlaku lemah lembut dan tetap bersikap tenang dalam menghadapi mereka.
Dari ‘Aisyah Radhiallaahu anha ia berkata, yang artinya: “Suatu kali pernah dibawa sekumpulan anak kecil ke hadapan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam , lalu beliau mendoakan mereka, pernah juga di bawa kepada beliau seorang anak, lantas anak itu kencing pada pakaian beliau. Beliau segera meminta air lalu memer-cikkannya pada pakaian itu tanpa mencucinya.” (HR: Al-Bukhari)
Wahai pembaca yang mulia, engkau pasti mengetahui bahwa duduk di rumah Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam merupakan sebuah kehormatan. Lalu, tidakkah terlintas di dalam lubuk hatimu? Bermain dan bercanda ria dengan si kecil, putra-putrimu? Mendengarkan tawa ria dan celoteh mereka yang lucu dan indah? Ayah dan ibuku sebagai tebusannya, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalamselaku nabi umat ini, melakukan semua hal itu.
Abu Hurairah Radhiallaahu anhu menceritakan: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah menjulurkan lidahnya bercanda dengan Al-Hasan bin Ali Radhiallaahu anhu. Iapun melihat merah lidah beliau, lalu ia segera menghambur menuju beliau dengan riang gembira.” (Lihat Silsilah Shahihah no.70)
Anas bin Malik Radhiallaahu anhu menuturkan, yang artinya: “Rasululloh sering bercanda dengan Zainab, putri Ummu Salamah Radhiallaahu anha, beliau memanggilnya dengan: “Ya Zuwainab, Ya Zuwainab, berulang kali.” (Zuwainab artinya: Zainab kecil) (Lihat Silsilah Hadits Shahih no.2141 dan Shahih Al-Jami’ 5-25)
Kasih sayang beliau kepada anak tiada batas, meskipun beliau tengah mengerjakan ibadah yang sangat agung, yaitu shalat. Beliau pernah mengerjakan shalat sambil menggendong Umamah putri Zaenab binti Rasululloh dari suaminya yang bernama Abul ‘Ash bin Ar-Rabi’. Pada saat berdiri, beliau menggendongnya dan ketika sujud, beliau meletakkannya. (Muttafaq ‘alaih)
Mahmud bin Ar-Rabi’ Radhiallaahu anhu mengungkapkan, yang artinya: “Aku masih ingat saat Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menyemburkan air dari sebuah ember pada wajahku, air itu diambil dari sumur yang ada di rumah kami. Ketika itu aku baru berusia lima tahun.” (HR: Muslim)
Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa memberikan pengajaran, baik kepada orang dewasa maupun anak-anak. Abdullah bin Abbas menuturkan: “Suatu hari aku berada di belakang Nabi Shalallaahu alaihi wasalam, beliau bersabda, yang artinya: “Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: “Jagalah (perintah) Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Alloh, pasti kamu selalu mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Alloh, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” (HR: At-Tirmidzi)
Telah kita saksikan bersama keutamaan akhlak dan keluhuran budi pekerti serta sejarah kehidupan yang agung. Semoga semua itu dapat menghidupkan hati kita dan dapat kita teladani dalam mengarungi bahtera kehidupan. Putra-putri yang menghiasi rumah kita, selalu membutuhkan kasih sayang seorang ayah serta kelembutan seorang ibu. Membutuhkan belaian yang membuat hati mereka bahagia. Sehingga mereka dapat tumbuh dengan pribadi yang luhur dan akhlak yang lurus. Siap untuk memimpin umat, sebagai buah karya dari para ibu dan bapak, tentu saja dengan taufik dari Alloh Subhanahu wa Ta’ala.
(Sumber Rujukan: Sehari Di Kediaman Rasululloh Shallallahu’alaihi Wasallam, Asy-Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim)
by CAHAYA Man JR
gambar sekadar hiasan
"Ada tiga jenis lelaki:lelaki sempurna, lelaki bersifat separuh lelaki dan lelaki tidak bersifat lelaki.

LELAKI SEMPURNA
Lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya. Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan daripada orang2 yang mempunyai pandangan memyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.

LELAKI BERSIFAT SEPARUH LELAKI
Lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agaama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapa pun. Sebaliknya dia berkata; 'Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian,' menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

LELAKI TIDAK BERSIFAT LELAKI
Lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikit pun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.


dicedok d sini =)

Monday, October 11, 2010 by CAHAYA Man JR


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.
Sungguh!
Sampai saya takut nak pengang.
bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.




Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
sungguh!
Sebab itu saya belikan dia tudung.
Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan!
Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…
takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! 

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…
solid betul.
Sungguh!
Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala…
syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga.
Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’
saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…
semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;
“Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.”
Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuh…
berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia.
Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.
Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. 



Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.
Ya Allah, ampunkanlah kami…
semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…
Sunday, October 10, 2010 by CAHAYA Man JR
My sharing for today is another most beautiful nasheed by Maher Zain. Subhanallah very beautiful song and lyric. Lets enjoyed together. May Allah bless you...=)






Anta noorol lahy fajran,
You are the light of Allah at dawn, 
Jeita baadal husry yosran,
You came after the hardship as convenience,
Rabbona aalaka kadran,
Our Allah raised up your position
Ya imamal anbeya’ee.
Oh Imam (Leader) of the Prophets.


Anta fel wejdany hayyon,
You are alive in sentiment,
Anta lel aynayny dayyon,
You are the light of eyes,
Anta endal hawdy reyyon,
You are the irrigation at the Hawd (basin),
Anta haden wa safeyyon,
You are the absolutely pure guide,
Ya Habibi Ya Muhammad.
My beloved Muhammad.


Ya Nabi Salam Alaika,
Oh Prophet, peace be upon you,
Ya Rassool Salam Alayka,
Oh Messenger, peace be,
Ya Habib Salam Alayka,
Oh beloved, peace be,
Salawatol lah Alayka.
The prayers of Allah be.


Yartawee bel hobby kalby,
My heart irrigates with love,
Hobby khayry rosly rabby,
Whom by him I have seen my path,
Man behee absarto darby,
The love of the best of Messengers of my God,
Ya shafee’ee Ya Rasulullah.
My intercessor, Oh Messenger of Allah.


Ayyohal mokhtaro feena,
Oh, the chosen out from us,
Zadanal hobbo haneena,
Love boosted up the nostalgia,
Jeitana bel khayry deena,
You came for us with religious peace,
Ya khetamal morsaleena,
Oh, final Messenger,
Ya Habibi Ya Muhammad.
My beloved Muhammad.


Ya Nabi Salam Alaika,
Oh Prophet, peace be upon you,
Ya Rasul Salam Alayka,
Oh Messenger, peace be,
Ya Habib Salam Alayka,
Oh beloved, peace be,
Salawatol lah Alayka.
The prayers of Allah be.


by CAHAYA Man JR




Terdapat tiga perkara yang sesiapa mengerjakannya disifatkan sebagai orang yang jahil. Tiga perkara tersebut adalah:-


1. Memilih dunia dengan meninggalkan kepentingan akhirat. Sikap ini jelas-jelas merugikan dan tidak patut sama sekali bagi seorang mukmin bersikap demikian.

Allah SWT berfirman: 

"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."

(Surah al-A'la: 16-17)


2. Suka menagguhkan amalan-amalan akhirat kerana beranggapan bahawa umurnya masih panjang. Sikap demikian menyebabkan seseorang terlalu panjang angan-angannya, ingin mengumpulkan kekayaan dunia sebanyak-banyaknya. 

Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"
(Surah al-Humazah:1-3)


3. Sentiasa mempunyai rancangan berikutnya setelah sesuatu pekerjaan duniawi itu telah selesai. Jika ini beterusan maka sudah tentu akan melemahkan niat dan hasratnya untuk beribadah yang bersifat ukhrawi kepada Allah. Sudah pasti ini akan menimbulkan kebinasaan pada diri seseorang.


Ibnu Athaillah al-Iskandari berkata: 
"(Menangguhkan) segala amal kebaikan pada waktu ada kelapangan adalah sebahagian dari kebodohan-kebodohan diri."
by CAHAYA Man JR





Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran: 14)

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan  kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..
Saturday, October 9, 2010 by CAHAYA Man JR




marilah kita sama2 melakukan cara2 yg disenaraikan d bawah agar rumah yg kita duduki tidak akan d masuki iblis..


1) Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain

2) Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah

3) Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela

4) Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah

5) Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram

6) Rumah yang penghuninya terdiri dari pesangan soleh dan solehah

7) Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibubapa

8) Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah

9) Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturahim

10) Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah


RUMAHKU SYURGAKU..